Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pasar Chowrasta Akhirnya Dibuka...

GEORGE TOWN - Pasar berusia 126 tahun yang sinonim dengan warisan Pulau Pinang,...

JBPM Periksa Bangunan Kempen...

KOTA BHARU - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan sudah memeriksa sebanyak...

Jangkitan Covid-19 Di Rantau...

GENEVA, Switzerland – Jumlah jangkitan Covid-19 di rantau Asia melepasi angka 100 juta...

Tiada Bangkai Pesawat MH370...

KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa Filipina telah mengesahkan bahawa tiada bangkai pesawat MH370...

Syatilla Melvin Keguguran Selepas Pulang Bercuti

KUALA LUMPUR – Hasrat pelakon, Syatilla Melvin untuk menimang cahaya mata kedua tidak kesampaian apabila kandungannya gugur ketika berusia enam minggu.

Syatilla atau nama lengkapnya, Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 26, berkata, kejadian malang itu berlaku ketika dia sedang sibuk melakukan kerja rumah minggu lalu.

“Saya mendapat tahu hamil ketika bercuti di luar negara, tetapi belum membuat pemeriksaan kerana tidak mahu keluarga risaukan keadaan saya. Nanti semua kerja tidak boleh buat.

“Hanya selepas pulang bercuti, baru saya menjalani pemeriksaan. Ketika pendarahan berlaku, saya sedang sibuk mengemas rumah.

“Sakitnya hanya Tuhan yang tahu, terutama apabila terpaksa menunggu proses pendarahan itu selesai,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Jamu Mutyara di sini, sebentar tadi.

Sambil meluahkan kesedihan, isteri kepada pelakon, Shaheizy Sam itu berkata, kejadian itu memberinya pengajaran supaya lebih berhati-hati pada masa akan datang.


“Memang kami berharap untuk mendapat anak kedua secepat mungkin. Jika diizinkan Allah, saya mahu lima anak sebelum usia mencecah 40 tahun.

“Selepas ini, jika ditakdirkan saya hamil semula, saya akan lebih berhati-hati. Mungkin saya akan lebih banyak berehat,” ujarnya.

Syatilla yang mendirikan rumah tangga pada Februari 2016 pernah keguguran, sebelum dikurniakan cahaya mata lelaki, Syeriv Samheizy yang kini berusia 15 bulan. – BH Online

Kategori