Syarikat Judi Taja Lawatan Kerja KPN Ke Turki

PUTRAJAYA – Syarikat perjudian, Da Ma Cai yang menaja rombongan lawatan kerja diketuai Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun ke Turki, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng merujuk beberapa gambar menunjukkan peserta bersiar-siar dan menjamu selera di Istanbul.

Lim berkata, kementeriannya tidak menanggung kos lawatan kerja itu, walaupun Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam berkata, ia ditaja Lembaga Totalisator Malaysia, sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Kewangan.

“Pembiayaan itu bukannya dari Kementerian Kewangan. Sumber dana itu ialah Da Ma Cai, sebuah syarikat ramalan nombor ekor, jadi mereka tidak mendapat 1 sen pun daripada kami,” katanya kepada wartawan di Putrajaya hari ini.

Delegasi itu dilaporkan ke Turki untuk mempelajari dasar perjudian dalam talian.

Semalam, Sarawak Report menyiarkan gambar Fuzi dan beberapa pegawai kanan polis menyertai rombongan itu.

Menurut laporan itu, 16 pegawai kanan menyertai lawatan kerja itu yang menelan belanja lebih RM300,000 untuk menaiki penerbangan kelas perniagaan dan penginapan di hotel 5 bintang. – FMT

Loading...