Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

KPT Alu-Alukan Permintaan Pemain...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedia mendengar permintaan dan keperluan daripada...

Anda Boleh ‘Laporkan’ Sekiranya...

SEJAK dahulu lagi, masalah tweet viral sering dicuri merupakan perkara yang sudah wujud...

Upacara Pembukaan KL2017 Dijangka...

KUALA LUMPUR - Diramalkan hujan pada malam upacara pembukaan Sukan SEA ke-29 Kuala...

Barisan Kabinet Sarawak Angkat...

KUCHING : Jemaah Menteri Kabinet Sarawak mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertua...

Syarat Pendapatan Mohon PPR Dinaikkan Kepada RM3,000

PARIT – Pendapatan isi rumah bagi memohon kediaman di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) akan dinaikkan daripada RM2,500 ketika ini kepada RM3,000.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar berkata kadar baharu yang dicadangkan itu sama seperti syarat kelayakan untuk permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Katanya cadangan berkenaan akan dibawa ke mesyuarat Kabinet minggu depan untuk dibincangkan secara terperinci.

“Bila syarat sama seperti penerima BR1M, maka lebih senang untuk kita membuat semakan kelayakan,” katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah PPR Seri Iskandar bersama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir dekat sini hari ini.

Antara syarat kelayakan memohon BR1M bagi individu yang menjadi ketua kepada isi rumah adalah mempunyai pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah.

Ditanya sekiranya syarat baharu itu mendapat tentangan pihak tertentu, Noh berkata: “Ia tidak sepatutnya kerana syarat itu sama seperti BR1M, maka kalau dia dapat BR1M dia layak mohon PPR.”

Mengenai PPR Seri Iskandar, Noh berkata projek yang dijangka siap pada April 2018 itu adalah yang pertama bakal melaksanakan sistem ‘sewa dan beli’ di negara ini.

Katanya projek yang dibina dengan kos kira-kira RM15.6 juta akan mempunyai 99 unit rumah teres berkeluasan 700 kaki persegi dengan tiga bilik tidur, dua bilik air, dapur dan ruang tamu akan dijual pada harga RM35,000.

Noh berkata adalah penting bagi pihaknya memberi kelulusan hanya kepada mereka yang layak memandangkan kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM120,000 untuk seunit rumah.


Sehubungan itu, tiga tapisan akan dibuat iaitu semakan oleh kerajaan negeri untuk memastikan pemohon belum mempunyai rumah dan menyemak dengan pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk status pendapatan.

“Selain itu, nama yang layak akan dipamerkan di kawasan PPR ini dan PejabatTanah Perak Tengah untuk semakan, jika ada aduan daripada orang ramai kita akan siasat dan kalau berlaku penipuan surat tawaran akan dibatalkan,” jelas Noh.

Terdahulu, dalam ucapannya Noh mengingatkan para pemohon supaya tidak terpedaya dengan tipu helah segelintir pihak kononnya khidmat ejen atau orang tengah diperlukan untuk memohon PPR.

“Rumah PPR tiada ejen, datang sendiri ambil borang di pejabat yang berkenaan, jangan sesekali melalui orang tengah nanti ada yang akan menaikkan harga,” katanya.

Sementara itu, Zamby berkata meminta pemaju perumahan supaya menyediakan persekitaran kondusif termasuk tempat letak kereta mencukupi serta kawasan lapang di kawasan yang dimajukan.

“Pemaju sama-samalah fikirkan, janganlah sampai tiada kawasan lapang untuk kegiatan masyarakat. Kalau perlu bincang dengan kerajaan negeri kita bincang mungkin dari segi premium,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori