Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Pokok Simbol UPM Tumbang...

IBARAT patah tumbuh, hilang berganti, kisah sepohon pokok tua di Universiti Putra Malaysia,...

PM Terlupa Majlis Penasihat...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir...

Tegang! Pembelaan Pertikai Kaedah...

KUALA LUMPUR – Perbicaraan hari keempat kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib...

Kendali Rumah Urut Tanpa...

KUALA LUMPUR - Seorang peniaga lelaki didenda RM1,600 atau tiga bulan penjara oleh...

Syabas Mahfuz! Anda Anak Jantan, Bukan Pondan Siam

KOTA BHARU – Setelah sekian lama menjadi bahan jenaka sinis sehingga pernah dikutuk sebagai pelawak dalam PAS sendiri, kepimpinan parti itu kini akhirnya dapat menarik nafas cukup lega.

Malah Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, menyifatkan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, akhirnya bertindak sebagai anak jantan dan bukannya ‘pondan Siam’ apabila keluar daripada parti itu.

Timbalan Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau secara peribadi berasa amat gembira dengan keputusan ‘bijak’ dan amat berani yang diambil oleh Mahfuz sambil menyifatkan seumpama duri telah tercabut dari daging PAS.

“Saya mengucapkan tahniah kepada Mahfuz kerana berjaya menjadi anak jantan dan bukan lagi pondan Siam. Saya percaya bahawa PAS Pokok Sena secara khusus akan menjadi lebih kukuh dan lebih fokus selepas ini.

“Ini termasuk dalam usaha mempertahankan kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 kelak,” kata Mohd. Amar yang dipetik media tempatan menerusi kenyataan beliau secara aplikasi WhatsApp pada hari ini.

Baca: Mahfuz Umum Keluar PAS, Mungkin Sertai PAN?

Mahfuz yang bersama dengan parti tersebut sejak 34 tahun lalu mengumumkan keluar daripada PAS dalam satu sidang akhbar khas di Alor Setar, Kedah yang berkuat kuasa menjelang jam 12 tengah malam ini.

Bekas Naib Presiden PAS itu bagaimanapun berkata, pada masa ini, beliau belum memutuskan untuk menyertai sebarang parti politik pembangkang lain sehingga konon selesai tempoh bertenang bagi dirinya sendiri.


Selain Mahfuz, 60, turut mengambil tindakan sama ialah isteri beliau, Datin Ruswati Jaafar, 58, dan anak mereka, Siti Nur Syahidah, 30. Seorang lagi anak beliau, Muhammad Mujaheed, 35, sudah keluar parti itu setahun lalu.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Mohd. Amar berkata, beliau percaya Mahfuz dan mereka yang sejenis dengannya akan tinggal menjadi bahan sejarah dalam politik tanah air seperti berlaku ke atas ramai bekas ahlinya.

Turut gembira dengan langkah Mahfuz itu ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor yang menyifatkannya sudah lama tidak bersama atau dipedulikan jemaah parti lagi. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori