Sweet..! Lelaki Ini Ada Cara Tersendiri Kenang Isteri

SEORANG blogger di Brazil mempunyai cara tersendiri bagi memperingati isterinya yang telah meninggal dunia dengan cara yang menyentuh jiwa.

Isteri Rafael Del Col iaitu Tatiane meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya, meninggalkan dia dengan anak perempuan mereka yang berusia dua tahun, Raisinha.

anak1

Dia mula menulis dalam blog bagi mendapatkan bantuan bapa-bapa lain yang berdepan kejadian sama, ketika membesarkan anak-anak mereka.

Rafael telah merakamkan gambar bersama anaknya, dengan meniru aksi sama ketika dia dan mendiang isterinya bergambar.

Melalui gambar-gambar berkenaan, Rafael berharap agar anaknya dapat mengenang ibunya yang telah meninggal dunia.

Ternyata meskipun jauh di mata, namun tetap di hati. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=b_uIcFmwKPQ

Leave a Reply