Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Akaun Cucu Najib Ada...

KEZALIMAN kerajaan Pakatan Harapan (PH) makin terserlah apabila tergamak beku akaun anak dan...

BN Johor Pastikan Calon...

JOHOR BAHRU – Barisan Nasional (BN) Johor akan memastikan calon dipilih bertanding pada...

Masyuk! Pak Ya Jual...

BAGI pengunjung Bazar Ramadhan Desa Pandan pula, gerai popia "Pak Ya Popia Power" semestinya...

PKR Pertahan Wartawan Lapor...

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempertahankan tindakan wartawan MalaysiaKini, Kow Gah...

Sweden Hadapi Masalah Lambakan Bom Tangan

SWEDEN sering dianggap sebagai salah satu negara di mana penduduknya antara yang paling gembira dan ada kajian yang dihasilkan oleh pengkaji mengatakan sedemikian.

Namun, negara itu kini dilanda masalah peningkatan yang ketara dalam insiden yang melibatkan letupan bom tangan dan menjadi salah satu isu yang membimbangkan pihak berkuasa negara itu, lapor BBC.

Januari lalu, seorang warga emas yang bekerja di sebuah rumah orang-orang tua, Daniel Cuevas Zuniga terjumpa sebutir bom tangan di atas jalan ketika sedang berbasikal untuk pulang ke rumahnya.

Lelaki berusia 63 tahun itu menganggap objek tersebut merupakan sebuah mainan, lantas mengangkatnya sebelum bom tangan itu meletup dan menyebabkan Daniel terbunuh serta-merta.

Kejadian yang terjadi berdekatan stesen keretapi Varby itu menyebabkan isteri mangsa, Wanna yang berbasikal di hadapannya tercampak ke jalan disebabkan letupan itu namun terselamat.

Kesan serpihan besi daripada bom berkenaan masih boleh dilihat sehingga kini di beberapa tiang lampu kawasan itu dan kejadian malam itu masih tidak boleh dilupakan Wanna.

Dia mempersoalkan bagaimana objek yang berbahaya sebegitu boleh terdampar di lorong basikal yang dilalui oleh ramai orang setiap hari.

“Bagaimana sebutir bom tangan boleh terdampar di laluan basikal?

“Persepsi saya terhadap negara Sweden kini telah berubah. Saya benar-benar tertanya-tanya bagaimana perkara sedemikian boleh berlaku. Saya masih dalam keadaan trauma,” ujarnya kepada media tempatan selepas kejadian.

Jumlah letupan yang berpunca daripada bom tangan telah meningkat di Sweden kebelakangan ini.

Pada tahun 2014, tidak lebih dari lima letupan disebabkan bom tangan terjadi, namun lebih 20 insiden dilaporkan pada tahun 2017. Selain itu, polis turut merampas 39 butir bom tangan dalam pada tahun berkenaan.

Menurut Reine Bergland daripada balai polis Stockholm, objek tersebut sangat mudah diperoleh daripada ahli kumpulan kongsi gelap di negara itu hanya dengan jumlah sebanyak 200 Swedish krona (RM111).

“Kadangkala, apabila mereka membeli senjata, mereka turut mendapat bom tangan dalam pembelian itu. Ianya seperti hadiah percuma daripada urus niaga itu,” ujarnya.

Peningkatan jumlah mereka yang mempunyai bom tangan ini yang rata-rata diperoleh daripada stok yang tidak digunakan dalam perang Yugoslav, menjadi salah satu isu yang dibangkitkan menjelang pilihan raya umum di negara itu, September depan.

Kadar jenayah di pinggir bandar Sweden telah meningkat secara mendadak kebelakangan ini, di mana beberapa beberapa pegawai kerajaan menganggap perkara ini berlaku disebabkan oleh jenayah kongsi gelap yang semakin berleluasa.

Pada tahun lalu sahaja, terdapat 306 laporan insiden tembak menembak di lokasi pinggir banda negara itu yang menyebabkan 41 orang maut. Sedangkan pada tahun 2011, hanya 17 orang maut disebabkan insiden menembak.

Insiden keganasan ini telah menyebabkan beberapa kawasan d Sweden dianggap sebagai zon ‘no-go’ atau berbahaya untuk dijejaki oleh paramedik, jelas Henrik Johansson, bekas ketua Kesatuan Paramedik Sweden.


“Mereka yang tinggal dalam zon-zon ini sangat takut untuk menghubungi pihak polis atau ambulans untuk mendapatkan bantuan.

“Mereka sangat takut akan akibat yang akan diterima diri mereka dan keluarga sekiranya mereka berbuat demikian,” ujarnya.

Pihak polis juga mengakui terdapat lebih 60 lokasi yang digelar sebagai zon merbahaya di Sweden ketika ini.

Dalam pada itu, peningkatan jumlah kadar jenayah di negara itu kini menjadi isu politik yang turut dimainkan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada Februari 2017 apabila beliau mengaitkan perkara itu dengan jumlah pelarian yang ramai di Sweden.

“Sweden, mereka menerima terlalu ramai pelarian. Dan disebabkan itulah mereka kini sedang menghadapi masalah besar yang langsung tidak dijangka oleh mereka,” ujarnya.

Mengakui diri mereka sebagai kuasa besar isu kemanusiaan, Sweden menerima jumlah pelarian yang paling ramai ketika krisis migrasi yang terjadi pada tahun 2015 yang rata-ratanya merupakan pelarian perang dari negara Syria, Afghanistan dan Eritrea.

Bagaimanapun, tiada bukti yang kukuh bahawa pelarian menjadi punca peningkatan kadar jenayah di Sweden seperti yang dituduh Trump.

Malah, kerajaan Sweden juga menolak dakwaan beberapa pihak termasuk Trump yang mengatakan pendatang luar yang melakukan jenayah di negara mereka.

“Mereka yang bertanggungjawab melakukan jenayah di negara kita kini  majoritinya adalah merupakan individu yang lahir di Sweden.

“Ini bukan isu mengenai pendatang, ia merupakan isu berkenaan penerimaan pendatang luar oleh rakyat Sweden,” kata Menteri Keadilannya, Morgan Johansson.

“Satu peratus dari populasi banduan di penjara Sweden adalah dari Syria, Manakala satu peratus lagi adalah rakyat Afghanistan,” tambahnya.

Pihak kerajaan Sweden kini mengakui sedang bekerja keras membanteras isu ini selain cuba mencari punca sebenar perkara ini berlaku.

Bagaimanapun, disebabkan ramai rakyat Sweden kini yang gusar akan situasi berkenaan, adalah sukar untuk kerajaan negara itu menerima lebih ramai lagi pendatang dan pelarian selepas ini.

Johansson mengakui bahawa isu kadar jenayah dan keganasan ini akan menjadi isu yang akan dimainkan pembangkang pada pilihan raya September depan, namun berharap rakyat Sweden memfokuskan kepada pertumbuhan ekonomi kukuh negara itu.

Manakala pembangkang di negara itu kini, bersedia untuk pertarungan sengit pada hari pengundian itu nanti. – BBC/MYNEWSHUB.CC/EZ

Kategori