Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Lelaki Goreng, Makan Kaki...

SEORANG lelaki di Ukraine bukan sahaja tergamak membunuh teman wanitanya, tetapi sanggup makan...

Covid-19: Ubat Paxlovid Elak...

SHAH ALAM - Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan bahawa ubat antiviral...

Kekasih Gelap Ozzy Nak...

WANITA simpanan Ozzy Osbourne, Michelle Pugh mengambil tindakan undang-undang terhadap anak perempuan Ozzy, Kelly...

Bersedia Terima Padah Bila...

Sebelum membuat keputusan mengugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib...

SUV Terhumban: Bapa Mangsa Ketahui Nahas Melalui Telefon

BUKIT MERTAJAM – Bapa kepada Moey Yun Peng, 20, memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa beliau hanya mengetahui berita mengenai kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dipandu anaknya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta Toyota Vios di Jambatan Pulau Pinang, 20 Januari lepas, selepas menyaksikan paparan klip video dari sebuah telefon pintar.

Moey Kah Tiang, 64, seorang pesara berkata, terdahulu sekumpulan kawan anaknya telah datang ke rumah pada pukul 3.00 petang, 21 Januari lepas untuk bertanya sama ada Yun Peng ada rumah.

“Saya menjawab bahawa Yun Peng telah keluar untuk hadiri parti harijadi di pulau (Pulau Pinang) belum balik lagi.

“Kemudian mereka cuba untuk menenangkan saya, sebelum memberitahu bahawa terdapat satu klip video tular mengenai satu kemalangan di Jambatan Pulau Pinang yang menyerupai kereta saya yang pada ketika itu dipandu oleh Yun Peng,” katanya dihadapan Hakim yang bertindak sebagai Majistret, Ahzah Fariz Ahmad Khairuddin di sini hari ini.

Kah Tiang berkata demikian sebagai saksi yang memberi keterangan dalam perbicaraan kes bekas pekerja salon, K. Vaitheswaran, 21, yang dituduh menyebabkan kematian seorang pelajar kolej, Yun Peng, selepas SUV yang dipandunya terhumban ke laut dari Jambatan Pulau Pinang pada Januari lepas.

Pada 11 Februari lalu, Vaitheswaran dituduh mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda RM20,000 dan hilang kelayakan lesen memandu sehingga tiga tahun jika disabitkan kesalahan.

Kah Tiang berkata, kali terakhir beliau berjumpa dengan anaknya adalah pada 19 Januari, dimana Yun Peng meminta untuk membawa kereta SUV itu untuk menghadiri parti harijadi di bahagian pulau, Pulau Pinang.

Ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya yang juga Pengarah Pendakwaan Negeri Pulau Pinang Yusaini Amer Abdul Karim pernahkah anaknya memandu kereta SUV berkenaan, Kah Tiang menjawab “ya, dia biasa pandu kenderaan itu.”

Menurutnya, Yun Peng mempunyai lesen percubaan (Lesen P) Malaysia dan beliau dapat mengecamkan kereta SUV itu mempunyai pelekat “P” ketika proses menaikkan kenderaan itu dari dasar laut.


Sementara itu, saksi kedua seorang peronda Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Anuar Abdul Rahman, 37, memberitahu mahkamah bahawa beliau telah dimaklum oleh orang awam bahawa terdapat sebuah kenderaan jatuh ke laut selepas kemalangan dengan kereta Toyota Vios.

“Sejurus tiba di tempat kejadian, saya telah bertindak mengawal trafik sebelum mengambil gambar kerosakkan dan kemalangan.

“Melalui gambar, didapati ‘parapet’ di kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang menghala ke Seberang Perai mengalami kerosakkan di bahagian atas dan satu tiang,” katanya.

Anuar berkata, tujuan beliau mengambil gambar-gambar adalah untuk membuat laporan polis dan juga laporan kerosakkan.

Pendakwaan dikendalikan Yusaini dan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Afiqah Zakaria manakala peguam tertuduh ialah Parameswaran dan K.Selva.

Hakim Ahzah Fariz kemudian menetapkan perbicaraan bersambung pada 21 Januari dan 10 Februari.

Kategori