Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Tweet Terlalu Pendek, Twitter...

WASHINGTON - Laman sosial mikro, Twitter Inc sedang menyediakan ciri baharu yang membolehkan...

PAC Harap Audit Dapat...

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menyambut baik arahan Kabinet untuk...

Pemilihan PAS: Jaga Emosi...

KUALA LUMPUR - Calon yang bertanding pada pemilihan PAS diminta menjaga emosi dan...

Gambar: Beruang Matahari Gemparkan...

SEKUMPULAN pekerja ladang kepala sawit di Tulai Estate Sarawak digemparkan dengan penemuan seekor haiwan...

Suspek Utama Kes Penipuan Umrah Murah Ditahan

KUANTAN – Polis Pahang pada Rabu menahan dua wanita termasuk seorang yang disyaki perancang utama kes penipuan umrah di beberapa daerah negeri ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Supt. Mohd Wazir Mohd Yusof berkata suspek masing-masing berusia 33 dan 22 tahun ditahan pada 7.20 petang di hadapan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah pusat membeli belah di Shah Alam, Selangor.

Katanya, suspek pertama yang mendakwa dirinya berstatus ‘Datuk’ merupakan perancang utama kes manakala suspek kedua merupakan pembantu peribadinya dan pemilik akaun bank yang digunakan dalam penipuan itu.

“Suspek dipercayai menawarkan pakej umrah bernilai RM2,200 seorang kerana mendakwa terdapat seorang penaja berpangkat ‘datuk’ akan menanggung bayaran selebihnya.

“Mereka juga dipercayai individu yang menipu 19 peserta dari Temerloh melibatkan kerugian berjumlah RM41,800 sekitar November tahun lalu,” katanya dalam kenyataan media di sini, pada Rabu.

Mohd Wazir berkata sembilan mangsa dari Temerloh membuat laporan polis pada awal tahun lalu, kerana mendakwa suspek gagal memulangkan wang mereka selepas memaklumkan penerbangan terpaksa ditunda.


Selain Temerloh, suspek juga disyaki aktif mencari mangsa di Jerantut, Bentong dan Cameron Highlands.

Penahanan dua suspek itu adalah susulan daripada tangkapan ke atas dua wanita berusia 60 dan 50 tahun pada Sabtu lalu (6 Julai) yang dipercayai merupakan pemilik akaun yang digunakan untuk menerima deposit mangsa.

Mohd Wazir berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Kategori