Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

KDN Belum Terima Surat...

GEORGE TOWN - Kementerian Dalam Negeri masih belum menerima surat permohonan rayuan daripada...

Video: Roh Wanita Berpisah...

SEBUAH video kemalangan di Thailand baru-baru ini menjadi viral di Internet selepas rakaman...

Sistem LRT Atau MRT...

PETALING JAYA - Seorang perunding perancangan pengangkutan menyokong inisiatif kerajaan menggunakan sistem kereta...

FAMA Mahu Budaya Niaga,...

PORT DICKSON - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) sedang giat menerapkan budaya berniaga...

Suspek Serangan Tram Di Belanda Ditahan Polis

HAGUE – Lelaki yang disyaki melepaskan tembakan di sebuah tram yang menyebabkan 3 maut manakala 5 yang lain cedera dalam kejadian di bandar Utrecht, Belanda berjaya ditahan polis Isnin pagi, lapor agensi berita Xinhua memetik pegawai polis.

Sebelum tangkapan dibuat, siasatan polis mendapati suspek yang melakukan serangan itu lelaki kelahiran Turki, dikenali Gokmen Tanis, 37.

Suspek ditangkap di sebuah rumah di Jalan Oudenoord, Utrecht. Berikutan tangkapan itu, Penyelaras Keselamatan Negara dan Memerangi Keganasan (NCTV) mengurangkan tahap ancaman di wilayah Utrecht daripada paling maksimum iaitu 5 kepada 4.

“Masih banyak persoalan dan khabar angin,” kata Perdana Menteri Mark Rutte.

“Motif serangan masih tidak jelas, masih belum dapat ditentukan sama ada ia serangan keganasan atau sebaliknya.

“Melihat kepada jumlah korban dan mangsa yang cedera parah kes itu tidak boleh dipandang ringan.”

Tambah Rutte, bendera di semua bangunan kerajaan dipasang separuh tiang pada Selasa.


Kejadian tembakan itu berlaku kira-kira pukul 10.45 pagi waktu tempatan. Dataran di bahagian barat Utrecht dan kawasan sekitarnya dikepung polis.

Dari awal lagi, pihak polis tidak menolak kemungkinan ia serangan pengganas.

Sejak insiden serangan pengganas di 2 masjid di Christchurch, New Zealand, beberapa masjid di Utrecht ditutup begitu juga universiti dan sekolah.

Kategori