Suruhanjaya Siasatan Diraja Kaji Salah Laku Hakim

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menubuhkan sebuah suruhanjaya siasatan diraja mengenai dakwaan salah laku oleh hakim-hakim tertentu, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Katanya, bagaimanapun, terma-termanya belum lagi diputuskan.

“Terpulanglah kepada suruhajaya siasatan diraja itu kelak untuk menyiasat dakwaan-dakwaan yang dibuat oleh hakim berkenaan. Kita akan menubuhkan suruhajaya siasatan diraja, terma-termanya akan ditentukan kemudian,” katanya pada pemberita selepas melakukan lawatan rasmi ke Kementerian Pertahanan di sini hari ini. – BERNAMA