Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Nasib 20,000 Kakitangan MAS...

PETALING JAYA - Nasib bagi 20,000 kakitangan syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) akan ditentukan...

Bangladesh Tak Mampu Lagi...

BANGLADESH memaklumkan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam ia tidak mampu lagi...

7 Klinik 1Malaysia Baharu...

KUALA LUMPUR - Tujuh klinik 1Malaysia yang baharu mula beroperasi tahun ini bagi...

Tunku Jalil Selamat Jalani...

Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil Iskandar telah selamat menjalani pembedahan semalam, kini...

Surat Einstein Cecah RM12 Juta, Nilai Termahal Dibida

SEPUCUK surat daripada pemenang Anugerah Nobel, Albert Einstein telah dilelong pada harga AS$2.89 juta (RM12 juta).

Dokumen tulisan tangan ahli fizik terkemuka itu adalah yang paling mahal dijual berbanding anggaran awal antara AS$1 hingga AS$1.5 juta (RM4.16 – RM6.23 juta).

Surat yang ditulis Einstein pada 1939 memberi amaran kepada Presiden Amerika Syarikat, Franklin D.Roosevelt mengenai persiapan Jerman berkaitan bom atom.

Lelongan yang berlangsung pada 2002, membolehkan ianya dijual pada AS$2.1 juta (RM8.73 juta).

Bagaimanapun surat terkini yang dijual bertarikh 1954 dan ditulis di Jerman kepada ahli falsafah, Eric Gutkind, Einstein membicarakan mengenai keraguannya mengenai kewujudan Tuhan.


Berusia 64 tahun, surat ini mengetengahkan pandangan Einstein berkaitan aspek agama.

Sebelum ini pada 2008, surat sama telah dijual kepada pengumpul barangan antik pada harga AS$404,000 (RM1.67 juta).- bbc.com/mStar Online

Kategori