Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

KJ Lawat Sekolah Tanjong...

SINGAPURA - Gempa bumi di Sabah pada Jumaat lalu 'merobah segalanya' dan Malaysia...

JPJ Jawab Isu Operasi...

Akhir-akhir ini, kecoh di laman sosial apabila rakyat marhaen membidas operasi khas pihak...

Polis Cari Saksi Perbicaraan...

BUKIT MERTAJAM - Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) mencari seorang lelaki bagi...

Berbelanjalah, Manfaati Sifar GST

KUALA LUMPUR – Kadar sifar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) mulai 1 Jun...

Surat Dakwa Zuraida Sertai BERSATU Adalah Palsu

KUALA LUMPUR – Sebaran surat menyatakan kononnya Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin memohon kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), adalah palsu.

Setiausaha Politik kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu, Nor Hizwan Ahmad, menegaskan dokumen menggunakan kepala surat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang ditularkan bersama borang permohonan keahlian BERSATU, adalah perbuatan tidak bertanggungjawab kerana cuba mengaitkan kementerian dengan isu politik.

“Dengan tegas dinyatakan bahawa tularan tersebut adalah palsu dan kerja jahat serta amatur pihak tertentu yang cuba menangguk di air keruh terhadap situasi politik dalaman parti yang berlaku sekarang ini.

“YB (Yang Berhormat) Zuraida Kamaruddin adalah Naib Presiden PKR dan sehingga kini masih fokus menjalankan tanggungjawab dan tugasannya sebagai anggota parti dan Ketua Cabang PKR Ampang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Surat yang kononnya ditulis Zuraida kepada Dr. Mahathir yang juga Pengerusi BERSATU, tular di media sosial bersama borang permohonan keahlian yang lengkap diisi serta cop mengesahkan borang itu diterima parti berkenaan, bertarikh hari ini.

Dalam surat itu, Zuraida kononnya menyifatkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, gagal mengemudi parti dan menyatakan sokongan kepada Dr Mahathir untuk kekal sebagai Perdana Menteri hingga akhir penggal.

Borang permohonan menyertai BERSATU itu pula kononnya adalah sebagai bukti kesetiaannya kepada Dr. Mahathir, selain bagi memohon Perdana Menteri mempertimbangkan kedudukannya untuk kekal sebagai anggota jemaah Menteri.


Sementara itu, Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Marzuki Yahya ketika dihubungi, memaklumkan ibu pejabat parti ada menerima satu borang permohonan keahlian, kononnya daripada Zuraida, namun ia adalah permohonan palsu.

Jelasnya, borang itu diterima daripada individu tidak dikenali sekitar jam 4 petang semalam, namun dokumen itu menimbulkan keraguan apabila tidak lengkap kerana diserahkan tanpa salinan kad pengenalan.

“Kita sudah sahkan dengan pihak Zuraida dan beliau tidak membuat sebarang permohonan keahlian. Borang itu memang kita terima, tetapi ia adalah permohonan palsu.

“Nombor telefon yang ditulis di dalam borang juga tidak sama dan tandatangan beliau juga berbeza,” katanya yang percaya perkara berkenaan dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab. – BH Online

Kategori