Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Firefly Lancar ‘FlyPremier’ Untuk...

KUALA LUMPUR - Syarikat penerbangan jarak dekat Firefly melancarkan perkhidmatan terbaharu 'FlyPremier' untuk...

Wanita Kritikal Selepas Toreh...

SEORANG wanita berada dalam keadaan kritikal dengan 40 peratus badannya melecur setelah membakar...

Hong Kong Pulangkan Kereta...

SINGAPURA - Pihak berkuasa Hong Kong semalam memberitahu, pihaknya memulangkan sembilan kereta perisai...

Siasat Secara Adil Kes...

KUALA LUMPUR – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) diminta melakukan siasatan segera dan...

‘Superman’, Tomato Dipanggil Beri Keterangan Di Bukit Aman

KUALA LUMPUR – Empat individu termasuk Kurator Muzium Kebudayaan Komik Asia, Hew Kuan Yau atau Superman dipanggil Bukit Aman hari ini.

Selain Superman, seorang lagi ialah Pengurus Muzium Kebudayaan Komik Asia, Raymond Chong; pelukis komik, Chong Po Ling atau lebih dikenali sebagai Tomato dan seorang lagi dipercayai rakan mereka diminta memberi keterangan.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner, Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi pagi ini mengesahkan perkara itu.

Katanya, kesemua individu itu akan dirakam keterangan petang ini oleh pegawai penyiasat D5 berhubung isu penerbitan dan pengedaran buku komik “Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama” yang kini menjadi kontroversi dan kemarahan setengah pihak di negara ini.

Mior berkata, kesemua individu berkenaan diminta tampil kerana mereka ada kaitan dengan penerbitan buku komik tersebut.

“Kesemua empat orang itu termasuk saksi akan hadir untuk memberi keterangan dan menyerahkan bukti kepada pegawai penyiasat (D5), terima kasih.

“Kenyataan akan diambil di bawah Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah..petang ini ada sidang media Datuk Huzir (Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman),” katanya secara ringkas menerusi WhatsApp.


Huzir dijangka akan memberikan butiran lanjut mengenai panggilan empat individu berkenaan dalam sidang media harian bersama Media 3 petang ini.

Artis Tomato dipanggil kerana merupakan pelukis komik buku yang diterbitkan oleh Superman pada April 2019 yang mana didakwa menerima menggalakkan di negara ini dan China.

Muzium itu membuat keputusan untuk mengedarkan buku komik dalam versi Bahasa Melayu itu kepada Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan.

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik pagi ini dalam satu kenyataan terbaharu sekali lagi menegaskan bahawa komik propaganda politik tersebut tidak pernah mendapat kelulusan dari Kementerian Pendidikan Malaysia.

KPM tidak akan membenarkan pengedarannya ke sekolah-sekolah di bawah KPM.

Kategori