Thursday, April 25, 2024

Creating liberating content

KLFA Sasar Kedudukan 2...

PUTRAJAYA - Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) meletakkan sasaran muncul dua pasukan...

Gambar: Pemandu Maut, Treler...

SEORANG pemandu lelaki maut selepas treler yang dipandunya terbabas ke dalam tasik di...

PM Beri Jaminan Selesai...

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan kepada pimpinan...

Ubat Pertama Cegah COVID-19,...

LONDON: Ubat pencegah COVID-19, Evusheld, buatan AstraZeneca mendapat kelulusan penggunaan di United Kingdom...

Superman DAP Biadap Mahu ‘Skru’ Otak Orang Melayu?

BIARPUN Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11 Sarawak sudah berakhir, namun tanpa disedari banyak kisah menarik yang cuba disorok pembangkang khasnya DAP akibat malu untuk mengakui kekalahan teruk parti itu kali ini.

Seperti biasa jentera tentera siber Red Bean Army akan menyalahkan mentaliti pengundi Sarawak sebagai mundur, masih bercawat dan pelbagai ungkapan berbaur penghinaan lain demi menutup aib tumbang di banyak kerusi.

Malangnya, hasil kecanggihan teknologi komunikasi, segala kelemahan DAP akhirnya terdedah satu-persatu dan lebih memalukan, pentadbir laman web ibu pejabat parti itu terpaksa ‘buang’ bukti tersebut untuk elak rakyat tahu.

Antara yang menjadi viral dalam kalangan netizen ialah beberapa ceramah tokoh terkenal DAP ketika berkempen semasa PRN baru-baru ini, sekali gus menjadi salah satu punca kenapa kaum Cina tiba-tiba beralih arah sokong BN.

Paling menjadi tumpuan ialah ceramah dianggap biadap oleh anak emas DAP dan calon tunggal Melayu parti itu, Abdul Aziz Isa Marindo di kerusi baharu Batu Kitang yang bertindih pula dengan wakil sekutunya, PKR sendiri.

Namun paling terkini apabila pengundi kaum Cina Sarawak sendiri mendedahkan ceramah paling kurang ajar disampaikan Hew Kuan Yau semasa berkempen untuk Abdul Aziz Isa apabila dianggap terlalu rasis tahap tinggi.

Kuan Yau, yang lebih dikenali dengan gelaran ‘Superman’ kerana sering dilihat menggayakan lambang adiwira Barat itu, mengundang kecaman ramai selepas video ucapannya disifatkan amat biadap tersebar di ruang maya.

Aktivis DAP itu dilihat sengaja berucap dalam bahasa Mandarin dan disiarkan melalui video Skype secara live menerusi layar gergasi di kawasan ceramah parti itu kerana tidak dibenarkan kerajaan negeri memasuki Sarawak.

Petikan daripada ceramah ‘garang’ Kuan Yau itu mula disiarkan kepada umum melalui akaun Facebook milik Lim Sian See sebelum dimuat naik oleh penulis blog terkenal Raja Petra Kamaruddin selepas PRN berakhir Sabtu lalu.

hew kuan yau
Hew Kuan Yau

Menerusi tajuk Undi DAP supaya kita boleh ‘skru’ orang Melayu’, ia memaparkan sari kata ucapan Kuan Yau yang menyeru kaum Cina mengundi Abdul Aziz Isa supaya DAP boleh ‘skru’ (atau bermaksud henjut) masyarakat Melayu.

Kuan Yau yang menyedari dirinya ‘kantoi’ bagaimanapun menafikan pernah mengucapkan perkataan seperti itu dan menuduh askar siber UMNO konon memutarbelitkan sari kata ucapan itu supaya dia kelihatan seperti seorang rasis.


Dia turut mendakwa tentera maya UMNO menggantikan ‘PBB’ dengan ‘Melayu’. Lucunya Abdul Aziz Isa bingkas pertahan Kuan Yau, dengan mendakwa ucapan tersebut disalah tafsir sekali gus mengesahkan sari kata itu betul!

Bekas pembantu Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen yang kalah mengejut kepada calon BN di Batu Kitang itu berdalih menjelaskan bahawa Kuan Yau sebenarnya konon mahu membidas pemimpin Melayu yang korup.

“Dia tidak kata saya akan ‘skru’ orang Melayu. Dia kata saya akan ‘skru’ pemimpin Melayu yang amal rasuah. BN buat video ini viral bagi tutup isu 1MDB, GST,” ujarnya kepada sebuah portal seperti cover line Kuan Yau pula.

Kelakarnya, hujah Abdul Aziz Isa itu tidak disokong pemimpin DAP Pusat yang juga Ahli Parlimen Bukit Bendera di Pulau Pinang, Zairil Khir Johari secara terbuka lebih gentleman menyesali kenyataan ceramah Kuan Yau tersebut.

Ujarnya kepada sebuah portal berita, DAP tidak berniat ‘bakar’ sentimen perkauman dan beliau faham mesej cuba disampaikan aktivis itu, cuma tidak bersetuju dengan bagaimana diluahkan agak mengguris perasaan kaum Melayu.

“Waima tidak bermaksud untuk kata yang Aziz akan ‘skru’ (henjut) semua Melayu, sepatutnya dia lebih cerdik bila berucap. Untuk masa depan, saya harap semua pimpinan kita berhati-hati mengeluarkan kenyataan,” katanya. – Mynewshub.cc/HAA

#PRNSARAWAK

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori