Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Orang Melayu Perlu Bersatu...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan orang Melayu perlu bersatu...

Datin Seri Rosmah Lancar...

KUALA LUMPUR - Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor malam tadi melancarkan...

Raja Afiq Tak Serik...

KISAH hubungan singkat Raja Afiq bersama-sama pelakon Anis Al-Idrus tidak mematahkan semangat aktor...

Hujan Lebat, Ribut Petir...

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir bagi Negeri...

Sumbangan Raja Faisal, Arab Saudi Tiada Kaitan SRC

KUALA LUMPUR – Dana sebanyak RM642 juta daripada Kementerian Kewangan Riyadh (Arab Saudi) dan Putera Faisal Turki yang diterima Datuk Seri Najib Tun Razak tiada kena mengena dengan wang syarikat SRC International Sdn. Bhd. (SRC International) yang masuk ke dalam akaun peribadi bekas Perdana Menteri itu.

Penolong Kanan Pesuruhjaya Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Rosli Husain, 54, berkata, ini kerana wang sumbangan itu telah habis digunakan pada Jun 2014 manakala wang SRC International pula masuk ke dalam akaun Najib adalah pada Disember 2014.

Beliau yang juga pegawai penyiasat kes dalam keterangannya di Mahkamat Tinggi di sini hari ini berkata, sehubungan itu pihaknya tidak menjalankan siasatan lanjut ke atas Raja Faisal dan Kementerian Kewangan Riyadh.

“Hasil semakan mendapati wang itu telah habis pada Jun 2014 dan tiada kena mengena dengan duit SRC yang ada masuk dalam akaun Najib.

“Saya juga tidak buat siasatan terhadap dua entiti berkenaan kerana ia bukan di bawah siasatan saya. Ini adalah melibatkan RM2.6 bilion atau siasatan 1MDB dan tiada kaitan dengan SRC,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Suhaimi Ibrahim pada sesi pemeriksaan semula dalam perbicaraan hari ke-58 melibatkan Ahli Parlimen Pekan itu berhubung dana SRC International. 

Terdahulu, ketika pemeriksaan balas oleh Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib, saksi pendakwaan ke-57 itu berkata, kertas siasatan SRC International diserahkan terus kepada Peguam Negara tanpa melalui timbalan pendakwa raya SPRM.

Sebaliknya, beliau selaku pegawai penyiasat telah menghantar sendiri kertas siasatan itu kepada bekas Peguam Negara (AG), Tan Sri Mohamed Apandi Ali.


“Tiada mana-mana Timbalan Pendakwa Raya SPRM mengkaji kertas siasatan yang dibuka pada 2016 itu berikutan beliau menjadi perantara antara SPRM dan Peguam Negara.

“Selepas syor dibuat oleh Pengarah Bahagian Operasi khas, Datuk Bahri Mohd Zin, saya sendiri serahkan kepada Peguam Negara pada 31 Disember 2015 dan ia dikembalikan kepada SPRM pada 18 Januari 2016,” katanya.

Sementara itu, Rosli berkata, Timbalan Pendakwa Raya, mendiang Datuk Anthony Kevin Morais tidak terbabit dalam siasatan kes SRC ini.

“Morais tidak terbabit langsung dalam siasatan kes itu. Namun saya tidak tahu sama ada dia ada terlibat dalam dengan kes 1MDB,” katanya.

Pada 4 Julai dan 8 Ogos tahun lalu, Najib, 66, mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan salah guna kedudukan dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram berhubung dana SRC International. – UTUSAN ONLINE

Kategori