Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Isu Petempatan Haram Warga...

SHAH ALAM - Isu petempatan haram yang didiami warga asing tanpa izin menuntut...

Body Letup, Aedy Ashraf...

BULAN lalu, nama Aedy Ashraf mula naik secara tiba-tiba apabila dia memuat naik...

Jasad Ulama Terkenal Kedah...

ALOR SETAR – Jasad ulama terkenal Syeikh Abdus Samad Al-Palembang yang terbunuh dalam...

Tambak Johor Sesak Tengah...

JOHOR BAHRU : Tambak Johor merekodkan kemasukan kenderaan persendirian luar biasa bermula tengah...

Sultan Selangor Perkenan Azmin Jadi Menteri

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memberi perkenan bagi Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memegang jawatan Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata baginda memberi perkenan itu selepas disembah maklum oleh Mohamed Azmin bahawa beliau bersetuju untuk menerima jawatan Menteri di peringkat Kerajaan Persekutuan menerusi portfolio berkenaan.

Beliau berkata menteri besar membuat keputusan itu setelah mendapat penjelasan dan pengesahan daripada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai skop kerja dan bidang kuasa kementerian baharu.

“Mohamed Azmin, bagaimanapun akan kekal memegang jawatan sebagai Menteri Besar Selangor buat sementara waktu hingga tempoh peralihan kuasa kepada menteri besar yang baharu dapat dijalankan dengan lancar dan teratur.

“Dalam masa sama Mohamed Azmin perlu mengemukakan senarai calon-calon Menteri Besar Selangor baharu untuk penelitian dan perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku sebelum lantikan menteri besar tersebut dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Munir berkata Mohamed Azmin akan melepaskan jawatan Menteri Besar Selangor sebaik sahaja Sultan Sharafuddin berkenan melantik menteri besar baharu.

Ia selaras dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 dan Perlembagaan Persekutuan, katanya.


Pada Jumaat lepas, Dr. Mahathir mengumumkan senarai 15 menteri Kabinet termasuk menamakan Mohamed Azmin sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

Mohamed Azmin, 54, yang juga Timbalan Presiden PKR mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor untuk penggal kedua di hadapan Sultan Selangor pada 11 Mei lepas.

Beliau mengangkat sumpah pertama kali sebagai menteri besar pada 23 September 2014.

Dua wakil rakyat Selangor yang disebut-sebut bakal menggantikan Mohamed Azmin ialah Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua, Amirudin Shari dan ADUN Seri Setia, Dr. Shaharuddin Badaruddin. – BERNAMA

Kategori