Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Taylor Swift Raih Pendapatan...

PADA usia 27 tahun, penyanyi Taylor Swift telah mencatat nama selaku selebriti yang...

Parti Islam Lebih Bahaya...

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengingatkan penyokong PAS...

Trofi FFM26 Mak Nani...

Acara gilang gemilang bagi menghargai para karyawan industri filem telah berlangsung pada Sabtu...

Perumahan Awam Razak Mansion...

KUALA LUMPUR - Dalam keterujaan menduduki rumah baharu di Perumahan 1Razak Mansion, kebanyakan...

Sultan Perak Dukacita, Terima Laporan Nahas Lima Pelajar USAS

KUALA KANGSAR – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima laporan daripada ketua-ketua jabatan berhubung insiden kemalangan tragis yang mengorbankan lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) pada tengah malam, 11 Mei lalu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Naib Canselor USAS, Tan Sri Prof Dr Nordin Kardi bersama Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid serta Ketua Jabatan dan Pakar Perubatan Forensik Hospital Taiping, Dr N Murali mempersembahkan laporan dan taklimat kepada Sultan Nazrin di Bangunan Pentadbiran USAS di sini pada Khamis.

Sesi sembah taklimat berkenaan berlangsung kira-kira satu jam sebelum baginda berangkat meninggalkan dewan.

Setiausaha Kerajaan Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim berkata, baginda menzahirkan rasa amat dukacita mengenai kejadian melibatkan kehilangan nyawa lima pelajar itu yang disifatkan secara sangat tragik dan mengerikan.

Katanya, walaupun pada hakikatnya ajal maut telah ditentukan, baginda berpendirian bahawa ALLAH juga menyeru manusia agar berusaha dan berikhtiar untuk mengelakkan diri daripada ancaman, bencana, bahaya dan malapetaka.

“Baginda berpandangan banyak langkah preventif boleh dan perlu dilakukan.

“Baginda menitahkan semua pihak yang berkaitan, wajib menjadikan tragedi ini sebagai pengajaran, mengenal pasti dan menerima kelemahan yang ada untuk dilakukan penambahbaikan.

“Terutamanya sudut penguatkuasaan undang-undang dan peraturan agar kejadian kemalangan yang tragik seperti ini dapat dielakkan daripada berulang,” katanya dalam satu kenyataan kepada pemberita di sini pada Khamis.

Ahmad Suaidi berkata, Sultan Nazrin yang juga merupakan Canselor USAS berkenan mengurniakan sumbangan RM50,000 kepada USAS untuk disampaikan kepada lima keluarga terlibat bagi pihak baginda.

Katanya, baginda turut menzahirkan simpati dan ucapan takziah kepada ibu bapa dan ahli keluarga mangsa yang telah kehilangan anak dan ahli keluarga yang begitu dikasihi dalam usia yang begitu muda dan menghadapi ajal dengan cara yang sangat memilukan hati.

“Baginda berdoa agar ibu bapa dan ahli keluarga diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian berat Ilahi dengan reda dan mendoakan agar roh lima Allahyarham tersebut dilimpahi rahmat ihsan Ilahi dan ditempatkan dalam kalangan roh para Solihin.


“Naib Canselor USAS menjunjung kasih atas kesediaan baginda berangkat mencemar duli dan mengurniakan sumbangan RM50,000 yang memperlihatkan sifat prihatin baginda memberi perhatian berat tentang tragedi yang menimpa pelajar-pelajar di USAS,” katanya.

Turut sama ke sesi sembah taklimat itu, Exco Infrastruktur Awam, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun mewakili Menteri Besar; Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah USAS, Tan Sri Prof Dr Noor Azlan Ghazali dan Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah USAS Berhad, Datuk Khalid Ahmad.

Hadir sama, Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS), Datuk Dr Khairil Anwar Abu Kassim; Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Azmi Osman; Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Ir Mohd Shuhaimi Hassan dan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak, Mohammad Yusoff Abustan.

Turut hadir, Pengurus PLUS Malaysia Bhd. Wilayah Utara, Kassim Ismail; Pengurus PUSPAKOM Wilayah Cawangan Taiping, Ahmad Rizaludin Saat; Timbalan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak, Syed Zubir Syed Husin; Penolong Pengarah Jabatan Penerangan Negeri, Noor Idayu Yeop Husin; Pengarah Hospital Taiping, Dr Narimah Yusof dan Pengarah Hospital Kuala Kangsar, Dr Isma Farred Ishak.

Dalam kemalangan sekitar jam 12.52 tengah malam di Kilometer 245.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara itu, lima pelajar USAS yang menaiki kereta Honda City rentung selepas kereta dinaiki terbakar akibat dirempuh sebuah treler.

Mangsa terlibat adalah Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22, pemandu kereta, Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, penumpang hadapan, Iqbal Hasnun Halimi, 23, Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20, masing-masing duduk di bahagian belakang.

Siasatan awal mendapati, treler muatan pagar besi dipandu seorang lelaki tidak sempat membrek ketika melalui lokasi kejadian lalu merempuh belakang kereta yang dinaiki lima mangsa terbabit.

Rempuhan menyebabkan kereta yang dipandu di lorong kiri diseret hingga melanggar bahagian belakang sebuah lagi treler membawa muatan mozek di hadapan sebelum terbakar.

Pada Selasa, pemandu treler berusia 28 tahun berkenaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar atas lima pertuduhan memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian pelajar berkenaan.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori