Sultan Perak Terima Zakat Perniagaan 13 Syarikat

KUALA LUMPUR — Pemangku Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan menerima pemberian zakat perniagaan berjumlah RM12.3 juta bagi tahun 2017 daripada 13 buah syarikat korporat.

Zakat itu kemudian diserahkan kepada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) pada majlis yang berlangsung di Istana Negara di sini.

Antara syarikat terbabit ialah Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad, Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad serta Malakoff Corporation Berhad.

Turut hadir pada majlis itu Pengerusi Institut Jantung Negara (IJN), Tan Sri Mohd Nasir Mohd Ashraf serta Pengerusi PPZ-MAIWP, Datuk Che Mat Che Ali. – BERNAMA

Loading...