Sultan Johor Ucap Tahniah Pada Sultan Pahang

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah merafak sembah ucapan tahniah kepada Sultan Pahang yang dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Ucapan berkenaan dimuat naik menerusi laman Facebook rasmi baginda, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

“Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada DYMM Al-Sultan Abdullah ibni Sultan Hj Ahmad Shah atas pemilihan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke XVI,” demikian ucapan yang dimuat naik dalam Facebook Sultan Johor.

Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja di Istana Negara hari ini mengisytiharkan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah Shah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baharu bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 31 Januari 2019.

Mesyuarat itu turut memilih Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh sama. – BERNAMA

Loading...