Sultan Johor Terima Kereta Flintstone

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, menerima replika kenderaan ikonik yang popular dalam siri animasi kartun, The Flintstone.

Apa yang menarik, replika kenderaan itu memiliki motor sendiri untuk bergerak, berbeza daripada kereta asal dalam siri animasi itu, yang mana digerakkan oleh watak utama, Fred, menggunakan kaki.

Kenderaan yang diinspirasikan oleh kartun Hanna Barbara itu dihadiahkan oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Ia disampaikan oleh wakil rasmi Tengku Mahkota Pahang, Datuk Manjit Abdullah di Istana Pasir Pelangi, di sini, semalam.

Jika hujan, kerera berkenaan dilengkapi dengan bumbung kain dan skrin belakang berputar sebagai tingkap belakang.

Kartun The Flintstone dan watak utama dalam siri animasi itu, Fred, menjadi kegemaran Sultan Ibrahim. – BH ONLINE

Loading...