Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Hafiz Hamidun Tak Mungkin...

PETALING JAYA - Penyanyi Hafiz Hamidun tidak berminat untuk merakamkan album selepas penjualan...

AS, Iran Saling Berbalas...

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) dan Iran saling berbalas sekatan susulan program peluru...

Saya Sedia Untuk Dibicara...

PETALING JAYA – “Saya sudah sedia untuk dibicarakan meskipun mengambil masa yang panjang.”Demikian...

Cuti Tanpa Rekod Penjawat...

KUCHING - Kemudahan cuti tiga buat penjawat awam bagi urusan kematian anggota keluarga...

Sultan Johor Terima Darjah Kebesaran Daripada Presiden Filipina

JOHOR BAHRU – Sultan Johor menerima Darjah Kebesaran (Order Of Sikatuna) yang membawa gelaran Datu daripada Presiden Filipina, Rodrigo Duterte pada hari ini.

Majlis berlangsung di Istana Malacanang, Manila sempena lawatan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar atas jemputan peribadi Presiden Filipina itu.

Sultan Johor turut berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Pertama Dato’ Sri Mulia Sultan Ibrahim Johor (SMIJ) kepada Presiden Filipina tersebut.

Terdahulu, Baginda berangkat tiba di Istana Malacanang pada pukul 5 petang sebelum menandatangani buku pelawat.

Sultan Ibrahim kemudian disambut oleh Rodrigo dan bergambar bersama-sama sebelum mengadakan pertemuan tertutup yang berlangsung selama hampir satu jam.


Baginda bersama-sama delegasi kemudian diraikan dalam satu majlis santapan bersama-sama Presiden Filipina.

Sultan Johor dan Presiden Filipina turut bertukar cenderahati serta merakam gambar kenangan.

Sempena lawatan itu, Rodrigo turut menghadiahkan sebuah potret lukisan wajah Sultan Johor.

Kategori