Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

34 Kes Hina Agama...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia menerima 34 kes melibatkan isu penghinaan agama...

PM Ucap Tahniah Kepada...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan...

16 Universiti China Tawar...

KUALA LUMPUR - Sehingga kini sebanyak 16 universiti di China menawarkan pengajian Bahasa...

Isu Iktiraf UEC Perlu...

KAJANG - Isu pengiktirafan terhadap Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) harus diselesaikan sebaik mungkin...

Sultan Johor Mula Kembara Mahkota Johor 2017

JOHOR BAHRU – Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2017 edisi ke-20 selama empat hari secara rasmi membuka tirainya pada hari ini yang bermula di Dataran Bandaraya di sini Sabtu.

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang berangkat bersama-sama Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris dan puteri serta puteranya tiba kira-kira pukul 8 pagi di dataran tersebut.

Ketibaan keluarga diraja Johor itu disambut Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Azmi Rohani dan Exco-exco kerajaan negeri.

Mufti Negeri Johor, Datuk Mohd. Tahrir Samsudin kemudian mengaminkan bacaan doa sebelum gimik pelepasan KMJ 2017 disempurnakan Sultan Johor sebelum majlis santapan dan tarian kebudayaan dipersembahkan.

Upacara pelepasan dilakukan pukul 9 pagi dengan Sultan Johor memandu kereta beroda tiga jenis Morgan berwarna krom sambil disaksikan kira-kira 5,000 pengunjung yang datang seawal pukul 7 pagi lagi.

Menariknya pada kali ini Sultan Johor akan menggunakan dua buah kereta Morgan warna krom dan hijau pucuk pisang yang menjadi pilihan baginda khusus untuk KMJ 2017.


Sebuah daripada kenderaan itu memaparkan lambang kemahkotaan Sultan Ibrahim (SI) dan kala jengking pada badannya manakala sebuah lagi tertera bendera negeri Johor dan imej menyerupai ikan jerung.

Konvoi baginda bakal menjelajah sejauh 808 kilometer ke semua 10 daerah di negeri ini untuk bertemu secara langsung dengan rakyat.

Daerah yang terlibat antaranya Pasir Gudang, Kota Tinggi, Mersing, Kluang, Segamat, Batu Pahat dan Muar sebelum menamatkan KMJ 2017 di Hutan Bandar, Bandar Putra, Kulai Selasa ini.

Antara acara menarik ialah Sultan Ibrahim dijangka mengambil bahagian dalam program bersama-sama rakyat seperti demonstrasi memasak, sukan rakyat, lawatan ke tempat pameran, gerai-gerai dan penyampaian sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

Baginda turut berkenan menyelam dan menyempurnakan majlis pelancaran logo Majlis Bandaraya Iskandar Puteri di dasar laut berhampiran Pulau Mensirip, Mersing. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori