Sultan Johor Meninggalkan Istana Negara

KUALA LUMPUR – Kenderaan membawa Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dilihat keluar meninggalkan pintu utama Istana Negara kira-kira jam 5.17 petang tadi. 

Difahamkan, Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu bersama Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, yang kini sudah berjalan lebih dua jam masih lagi berlangsung.

Biarpun hujan renyai, puluhan petugas media juga masih setia memenuhi pekarangan Istana Negara setakat ini, bagi berkongsi perkembangan terkini perbincangan khas itu.

Satu kenyataan rasmi daripada Istana Negara bagi menyatakan keputusan Perbincangan khas itu dijangka akan dikeluarkan lewat petang ini.

Selain perbincangan membabitkan kehadiran lapan Raja-Raja Melayu itu, Yang di-Pertuan Agong juga menerima taklimat khas daripada ketua agensi kerajaan di ketuai Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali. – BH Online