Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Mengamuk Tak Dapat Tapak,...

SETELAH hampir setahun mencetuskan fenomena festival fesyen, Mood Republik tampil dengan program Mood...

Isu Data Penumpang Bocor:...

PUTRAJAYA : Dua pasukan penyiasatan Kementerian Komunikasi dan Digital telah pun melakukan ‘serbuan’...

Perlu Ramai Guru Pendidikan...

KLANG - Kerajaan mahu lebih ramai bakal guru memohon menceburi bidang pendidikan khas...

Kadar Rt COVID-19 Terus...

KUALA LUMPUR - Kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 mengikut kes harian terus mencatat trend...

Sultan Johor Mahu Kualiti Air Ditingkat Demi Rakyat

JOHOR BAHRU – Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar mahu kualiti air di negeri ini terus dipertingkat demi kepentingan rakyat.

Titah itu disampaikan ketika baginda menerima mengadap Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor Datuk Dr Mohammad Ezanni Mat Salleh dan Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Johor Jeffri Abd Rasid di Istana Pasir Pelangi, di sini hari ini.

Kenyataan mengenai pertemuan itu dimuat naik menerusi FB rasmi Sultan Ibrahim di sini.

Pada pertemuan selama hampir 30 minit itu, Sultan Ibrahim bertitah kualiti air di negeri Johor perlu dipertingkatkan demi kesejahteraan rakyat Johor.​​​​​​​

Baginda turut menasihatkan bahawa syarat-syarat perlu diketatkan dan setiap industri yang melepaskan sisa mesti mematuhi tahap pengawalan diamalkan di peringkat antarabangsa untuk mengurangkan masalah pencemaran air dan menambah baik kelestarian alam sekitar.


Turut hadir sama, Setiausaha Kerajaan Johor Datuk Azmi Rohani. – BERNAMA

Kategori