Sultan Ibrahim Terima Menghadap Osman Sapian

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menerima menghadap Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian, hari ini, di Istana Pasir Pelangi di sini.

Menurut catatan dan gambar yang dimuat naik dalam laman Facebook Sultan Johor, pada pertemuan bersama baginda itu, Osman menyembah maklum mengenai peletakan jawatan beliau sebagai Menteri Besar Johor.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani.

Loading...