Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pihak Terlibat Patuhi ‘Gentlemen’s...

PUTRAJAYA - Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berharap pihak yang terlibat dengan...

Pusat Permata Kurnia: Pelaburan...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pusat autisme...

Penyelidik Jepun Terjatuh Di...

KUCHING - Penyelidik warga Jepun yang tercedera selepas terjatuh ketika mendaki Gunung Mulu...

Azmin Didakwa Salah Guna...

TANJONG KARANG - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) diminta memantau dan mengambil tindakan...

Sultan Ibrahim Perkenan DUN Johor Bersidang 12 Ogos

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar hari ini memperkenankan Dewan Negeri Johor (DUN) bersidang pada 12 Ogos ini.

Sultan Ibrahim dalam hantaran di akaun Facebook rasmi baginda, bertitah berkenan untuk berangkat merasmikan Pembukaan Penggal Persidangan Keempat DUN Johor di Kota Iskandar, pada tarikh berkenaan.

“Saya mahu semua Ahli DUN (ADUN) bersatu hati untuk bersidang demi kepentingan rakyat dan negeri Johor, terutama membahaskan pelan tindakan bagi membantu kehidupan rakyat terjejas akibat COVID-19 dan menyusun pelan pemulihan ekonomi Johor dengan sebaiknya.

“Saya berasa amat sedih melihat kehidupan rakyat saya dalam kesusahan, ketakutan dan kegelisahan sekarang ini. Saya juga kecewa sehingga hari ini, penularan virus COVID-19 masih belum dapat diselesaikan,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian selepas menerima menghadap Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad; Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani dan Penasihat Undang-Undang Johor, Amir Nasruddin, pagi tadi.

Sultan Ibrahim turut menerima menghadap Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Datuk Dr Aman Rabu, bagi mendapatkan laporan keadaan pandemik COVID-19 di Johor. – BH Online

Kategori