Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Projek Mega Terowong: Kerajaan...

GEORGETOWN - Gerakan Pulau Pinang hari ini membidas kerajaan pimpinan DAP negeri kerana...

Aset, Program Latihan UTK...

KUALA LUMPUR - Keupayaan Unit Tindakan Khas (UTK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan...

Rasuk Jejantas Merekah Diturunkan...

SHAH ALAM : Kerja-kerja menurunkan rasuk jejantas pejalan kaki yang mengalami rekahan di...

Shafie Apdal Hipokrit, Cuba...

KOTA KINABALU - Dakwaan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bahawa pemimpin Kristian dalam...

Sultan Ibrahim, Keluarga Diraja Kunjungi Kediaman Exco Johor

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan berangkat mengunjungi kediaman Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti Johor, Jimmy Puah Wee Tse, di Senibong Cove di sini, hari ini, sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Baginda tiba jam 9 pagi dengan diiringi Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.

Turut berangkat, anakanda baginda, Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar, Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar.

Ketibaan baginda disambut dengan tarian singa dan diteruskan dengan acara menggaul yee sang. Sultan Ibrahim turut berkenan mencalit dakwat di kepala singa sebagai simbolik perayaan itu sebelum bersantap.

Baginda yang meluangkan masa selama sejam turut merakamkan gambar kenang-kenangan bersama keluarga Puah sebelum berangkat pulang.


Sementara itu, Puah yang ditemui pemberita berkata ini adalah tahun kedua Sultan Ibrahim mengunjungi kediamannya.

“Saya menjunjung kasih atas kesudian baginda berkunjung ke rumah, baginda juga ada memberi pandangan bahawa betapa pentingnya semangat bangsa Johor yang tidak mengira kaum.

“Kehadiran baginda juga menunjukkan bahawa baginda sangat mesra dengan rakyat,” katanya. 

Kategori