Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Mangsa Banjir Tak Berenggang...

DUNGUN - Seperti kisah 'Marry And Her Little Lamb', Fatin Ridzuan mempunyai kambing...

Lantai Kayu Runtuh Tiba-Tiba...

SEKUMPULAN keluarga di Kampung Ayer, Brunei berdepan detik cemas apabila lantai kayu di...

Janna Nick Berlagak Diva,...

SEBELUM ini, terdapat dakwaan mengatakan pelakon tinggi lampai Janna Nick sudah pandai berlagak...

4 Pekerja Lombong Selamat...

HONG KONG - Empat pekerja yang terperangkap selama 36 hari akibat runtuhan lombong...

Sultan Ibrahim Biayai Kos Perubatan Remaja Hidap Kanser Tulang

KUALA LUMPUR – Beban kewangan yang ditanggung  oleh sebuah keluarga bagi membiayai kos perubatan anak mereka yang disahkan menghidap kanser tulang sejak tahun lalu mendapat perhatian Sultan Johor, Tuanku Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Baginda  berkenan membiayai kos perubatan remaja lelaki itu, Abdul Azim Mohd Rohazar, 14, yang menetap di Perumahan Awam Bukit Siput, Segamat bersama keluarganya.

Semalam, Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berkenan berangkat menziarahi Abdul Azim dan turut memberikan kata-kata semangat kepada remaja lelaki itu dan keluarganya.

Baginda turut menyampaikan sumbangan cek daripada Sultan Johor kepada ibu remaja itu, Junaidah Abdul Hamid, bagi pembiayaan kos rawatan serta perbelanjaan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan yang dijangka bermula minggu ini.

Keprihatina Sultan Ibrahim dan permaisuri itu dipaparkan di Facebook HRH Crown Prince of Johore.

Junaidah merupakan seorang suri rumah, manakala bapa Abdul Azim, Mohd Rozahar Abd Latiff, merupakan pemandu lori. Pasangan itu turut mempunyai tiga lagi cahaya mata.


Hadir sama, isteri Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datin Dr. Noor Azizah Abdul Latiff, Pegawai Daerah Segamat, Abdul Rahman Salleh dan isteri, Ramlah Yaacob.

Baginda Tuanku Permaisuri meluangkan masa hampir sejam sebelum berangkat pulang.

Abdul Azim merupakan pelajar Tingkatan 2 SMK Dato’ Bentara Dalam, Segamat dan tidak dapat hadir ke sekolah sejak Januari lalu atas nasihat doktor. – MalaysiaGazette

Kategori