Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Daripada Hobi, Jadi Jutawan

KUALA LUMPUR - Minatnya terhadap barangan antik mula bercambah sejak di bangku sekolah...

Polis Tahan 2 Lelaki...

KUCHING - Polis menahan dua suspek kes samun dan merampas sepucuk pistol buatan...

Teater Olabola: Penonton Bakal...

KUALA LUMPUR – Penonton ‘OlaBola The Musical’, yang berdasarkan filem pada 2016, ‘OlaBola’,...

19,175 Pembeli Hartanah PKNS...

SHAH ALAM - Sebanyak 19,175 pembeli hartanah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) belum...

Sultan Hassanal Bolkiah Kunjungi Dr. Mahathir

PUTRAJAYA – Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah mengunjungi Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Sultan Hassanal, yang memandu sendiri Mercedes Benz hitam dengan nombor pendaftaran X111 NAM 6, diiringi rombongan sekurang-kurangnya 15 buah kereta, tiba kira-kira 11.45 pagi.

Putera baginda, Pengiran Abdul Mateen, duduk di sebelah Sultan Hassanal.

Dr. Mahathir menyambut keberangkatan tiba Sultan Hassanal di anjung Yayasan Kepimpinan Perdana.

Jurufoto yang menunggu di luar pintu pagar kedengaran memanggil Dr. Mahathir untuk meminta beliau memandang ke arah kamera dan memberi gaya yang terbaik sambil menyambut keberangkatan tiba Sultan Hassanal.


Sultan Hassanal dipercayai pemimpin asing pertama bertemu Dr. Mahathir selepas beliau mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri bagi kali kedua pada Khamis lepas.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail tiba di Yayasan Kepimpinan Perdana pada 11.28 pagi. – BERNAMA

Kategori