Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Empat Lagi Suspek Kes...

SHAH ALAM - Polis Selangor memberkas empat lagi lelaki yang disyaki terbabit dalam...

Pemuda UMNO Kutuk Insiden...

SHAH ALAM - Pemuda UMNO mengutuk tindakan sekumpulan individu menyerang rombongan beberapa pimpinan...

Lokasi QZ8501 Terhempas ‘Kubur’...

JAKARTA – Usaha pasukan pencari untuk mengesan bangkai pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 di...

Mazlan Mansor Pengarah JSJK...

KUALA LUMPUR - Datuk Mazlan Mansor hari ini dilantik menjadi Pengarah Jabatan Siasatan...

Sukan SEA: Sokong Atlet Kebangsaan – Najib

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyeru seluruh rakyat berdiri teguh memberikan sokongan moral kepada atlet kebangsaan menjelang berlangsungnya Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 di sini, bulan depan.

Perdana Menteri berkata atlet negara telah berjaya menyatukan hati dan semangat rakyat Malaysia sama ada kalah ataupun menang.

“Sama-samalah kita berdiri teguh di belakang wira-wira kita ini dengan memberikan sokongan moral agar mereka mendapat suntikan semangat dan kekuatan untuk meraih prestasi yang lebih cemerlang.

“Dengan semangat Malaysia Boleh, insya-Allah, kejayaan yang lebih cemerlang menanti negaraku, Malaysia,” kata Najib menerusi catatan terbaru di laman blog najibrazak.com, hari ini.

Najib turut melahirkan rasa teruja melihat persediaan dan latihan gigih yang dijalani atlet kebangsaan yang berkongsi semangat dan harapan mereka di laman media sosial mereka.

Dalam pada itu Najib turut berkongsi rasa puas hati beliau terhadap tahap persediaan negara dalam menghadapi dua temasya sukan terbesar di rantau Asia Tenggara ini.


“Dalam lawatan saya ke Bandar Sukan Malaysia, saya yakin bahawa kerja-kerja penambahbaikan terhadap infrastruktur di Kompleks Sukan Bukit Jalil seperti Stadium Nasional, Pusat Akuatik dan Axiata Arena akan membawa kejayaan dalam penganjuran dua temasya sukan kebanggaan ASEAN ini, insya-Allah,” kata Najib.

Perdana Menteri berkata kerajaan memperuntukkan sejumlah RM450 juta khusus untuk penganjuran Sukan SEA Ke-29 dan Sukan Para ASEAN Ke-9 ini yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada Oktober tahun lepas.

“Ini jelas menunjukkan komitmen kerajaan dalam mempromosi dan membangunkan acara kesukanan kerana ia menjadi simbol perpaduan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa, agama dan budaya,” ujar Najib. – BERNAMA

Kategori