Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Laksana Janji Bina...

BESUT - Majlis penyerahan kunci projek Rumah Mampu Milik (RMM) di Kampung Gong...

NFL Dikritik Kenakan Penalti...

Kansas – Liga Bola Rempuh Kebangsaan (NFL) terpaksa memohon maaf kepada salah seorang...

Sesak Di Cameron Highlands,...

KUANTAN - Kerajaan negeri Pahang menerusi Jabatan Kerja Raya (JKR) telah mengemukakan dua...

GAMBAR: Perempuan Simpanan Dibelasah,...

SEORANG wanita yang dipercayai 'perempuan simpanan' dibelasah dan bajunya dikoyakkan hingga menampakkan buah...

Olimpik 2016: Pelacur Brazil Naik Kadar Harga Servis

RIO DE JANEIRO – Sukan Olimpik 2016 menjadi kesempatan bagi masyarakat Brazil, khususnya daripada semua sektor bergerak menyambut pelancong yang datang, termasuk bisnes pelacuran.

Bukan hanya peniaga barangan kecil atau pemilik hotel bajet, temasya Olimpik musim panas kali ini juga dimanfaatkan ribuan wanita pekerja seks tempatan untuk meningkatkan pendapatan masing-masing.

Media tempatan melaporkan, seorang pekerja seks di Rio de Janeiro dikenali sebagai Juliana berkata, kadar caj servis mencecah 415 real Brazil (kira-kira RM530) per jam. Kadar tersebut lebih tinggi berbanding hari-hari biasa.

Wanita berusia 23 tahun itu turut cuba memanfaatkan kehadiran ratusan ribu pelancong luar negara semasa Sukan Olimpik. Dianggarkan 400,000 pelancong hadir sepanjang temasya terbesar empat tahun sekali itu.

“Saya gembira dengan kehidupan seperti ini. Saya malah mempunyai kereta dan pangsapuri. Kalau tidak begini, saya mungkin cuma mempunyai handphone,” kata Juliana dengan penuh bangga.


Di Brazil kegiatan pelacuran adalah dihalalkan. Ini membuatkan Juliana sama sekali tidak takut dengan tindakan penguatkuasaan dan dengan tenang mencari wang lebih untuk meneruskan gaya hidupnya yang mewah.

“Kenapa saya harus takut kepada polis? Mereka juga pelanggan saya. Pelacuran diterima oleh siapa pun di sini. Ini jalan mudah mendapatkan wang pada masa sekarang,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori