Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Amaran Angin Kencang, Paras...

KUALA LUMPUR - Angin kencang timur laut dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer...

PAS Sahkan Letak Calon...

MIRI - Seorang calon bukan Islam adalah antara 11 calon PAS yang akan...

Pelantikan Rebecca Jadi Rahmat...

PORT MORESBY (Papua New Guinea) - Pelantikan Tan Sri Dr Rebecca Fatima Sta...

Masih Ramai Langgar Arahan...

KUALA LUMPUR - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin kesal apabila masih...

‘Perang Mulut’ TMJ, Sanusi Hangatkan Aksi JDT-Kedah

JOHOR BAHRU: Perang mulut antara pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menghangatkan lagi pertemuan suku akhir Piala Malaysia antara Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dengan JDT malam ini.

Isu bermula apabila Tunku Mahkota Johor (TMJ) membangkitkan isu tunggakan gaji membabitkan pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) yang dilaporkan sudah tertunggak selama dua bulan.

Tunku Ismail menempelak pengurusan KDA yang didakwa tidak serius menguruskan kebajikan pemain setelah tunggakan itu diselesaikan apabila hendak berdepan JDT.

“Bila nak lawan JDT sahaja ke baru nak bayar gaji? Sampai bila nak perangai macam ni? Kepala pistol,” tulis Tunku Ismail.

TMJ-Bola

Teguran pedas Tunku Ismail itu tidak disenangi Sanusi yang akhirnya memberi maklum balas menerusi laman media sosial rasmi Facebook miliknya.

Susulan komen itu, Sanusi tampil memberi penjelasan bahawa pihaknya baru sahaja menyelesaikan tunggakan gaji pemain Kedah.

“La ni bulan sebelas dah. Bulan satu sampai bulan sepuluh kena lawan JDT tiap-tiap bulan kaaa? Apa punya peluru kapoq tala ikut suka dia,” tulis Sanusi.


Sebelum ini, heboh diperkatakan mengenai tunggakan gaji membabitkan pemain KDA yang didakwa tidak dibayar selama dua bulan.

Bagaimanapun, Skuad bimbingan Aidil Sharin Sahak akhirnya mendapat perkhabaran gembira menjelang aksi menentang JDT dalam aksi suku akhir Piala Malaysia apabila pengurusan KDA sudah menjelaskan tunggakan tersebut.

Biarpun sudah menjelaskan tunggakan itu, Tunku Ismail mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Kedah dengan mengingatkannya supaya menjaga kebajikan pemain dan rakyat.

“Salam Datuk. Gaji dah bayar? Bagus. Kebajikan pemain atau rakyat harus kita jaga. ‘Well done‘, jaga diri dan jaga kesihatan. Kalau nak diet call, saya ajar,” kata Tunku Ismail di laman sosial.

Komen Tunku Mahkota Johor yang seakan menyindirnya sekali lagi dibalas Sanusi menjadikan keadaan lebih tegang.

“Hang tak pakai seluaq lagi aku main bola dah…La ni pun dok main bola lagi…Diet apa diet?,” tulis Sanusi.

  • Lagi berita berkaitan:
  • TMJ

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori