Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tukang Cuci, Rakan Lelakinya...

JOHOR BAHRU - Seorang wanita dan rakan lelakinya disyaki mati dibunuh di kediaman...

Terengganu Hargai Peranan Media...

KUALA TERENGGANU - Peranan media dalam menyebarkan kefahaman dan memberi penjelasan tepat mengenai...

PBSNT Ingatkan Pemain Tak...

SETIU - Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) tidak akan berkompromi dengan mana-mana...

Mukhriz Dahului Senarai 602...

KOTA BHARU - Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir mendahului...

“Suka Hati Saya Nak Buat Apa, Bukan Jenayah Pun”

SEJAK semalam tular rakaman video memaparkan seorang wanita dilihat mempertahankan tindakannya untuk berkahwin secara kontrak gara-gara enggan melakukan kerja rumah.

Perkara tersebut bermula ekoran daripada tindakannya sebelum ini yang memuat naik status menerusi laman Facebook menawarkan diri untuk kahwin sekitar Ahad lalu.

Baca: Malas Buat Kerja Rumah, Sanggup Kahwin Kontrak

Susulan perkara itu, wanita berkenaan yang juga merupakan janda berusia 22 tahun mengakui tidak menyesal berbuat sedemikian malah menganggapnya sebagai salah satu hak peribadinya.

“Suka hati saya nak buat apa, ini bukan jenayah. Saya yang nak kahwin, mesti la nak cari suami yang elok,” katanya dipetik Harian Metro.

Dalam pada itu, wanita tersebut mengakui sememangnya sedang mencari calon suami untuk berkahwin buat kali kedua selepas bercerai sekitar tahun lalu.

“Saya tertekan kerana keluarga minta saya kahwin cepat. Sebab itulah saya muat naik status sedemikian untuk cari calon idaman saya.

“Saya mahu cari yang sedap mata memandang dan tidak gemuk. Benar dalam status di FB saya tidak mahu kemas rumah dan masak kerana tidak mahu dikongkong.


“Oleh kerana itu saya tawarkan duit kepada calon suami saya. Bagaimanapun tindakan saya itu dikecam dan saya tidak kisah,” tambahnya.

Sementara itu, Kaunselor Hal Ehwal Keluarga, Hushim Salleh berkata perkahwinan secara kontrak adalah sesuatu perkara yang ditegah dalam Islam.

“Nikah Muta’ah atau pernikahan yang mempunyai perjanjian tempoh tertentu adalah ajaran Syiah dan harus dielakkan.

“Mungkin wanita itu mahu jaminan terhadap dirinya supaya tidak ditinggalkan kelak. Bagaimanapun, individu itu seperti memperdagangkan hubungan suami isteri,” katanya.

Jelasnya lagi, trend mempromosi diri untuk dinikahi lelaki tidak mendatangkan kebaikan sebaliknya hanya memberi keburukan pada masa akan datang. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori