Suhakam Tangguh Sambutan Hari Hak Asasi Manusia

KUALA LUMPUR – Sambutan Hari Hak Asasi Manusia yang dirancang esok di Padang Timur, Petaling Jaya untuk memperingati Hari Hak Asasi Manusia Antarabangsa 2018 akan ditangguhkan.

Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) Tan Sri Razali Ismail berkata Polis Diraja Malaysia memaklumkan kepada suruhanjaya dan Pejabat Perdana Menteri tanpa menyatakan butiran terperinci bahawa terdapat risiko serius terhadap keselamatan negara yang berkemungkinan timbul daripada program itu.

“Suhakam kecewa kerana kerajaan yang komited kepada Hak Asasi Manusia seakan-akan terpengaruh dengan taktik tekanan dan ekstremisme sehingga terpaksa menangguhkan acara sambutan yang dirancang sejak beberapa bulan yang lepas.

“Kami memohon maaf kepada orang ramai, tetamu kami, peserta dan sukarelawan yang terlibat dalam acara ini,” katanya dalam kenyataan hari ini. – BERNAMA​

Loading...