Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Ibu Dyana Nafi Anaknya...

YAMMY Samat, ibu bekas calon PRK Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud...

Dewan Rakyat Bertafakur Seminit...

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat hari ini bertafakur selama seminit bagi memperingati pemergian...

KSN Ajak Rakyat Perkasa...

PUTRAJAYA - Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa mengajak rakyat Malaysia...

Kuota Tambahan Haji 5,000...

GURUN - Kuota tambahan antara 5,000 dan 10,000 jemaah bagi musim haji tahun...

Suhaizan Ulangi Provokasi `Pancing’ MCA, Gerakan

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kayat mengulangi provokasi bagi memujuk MCA dan Gerakan supaya meninggalkan parti Melayu UMNO.

Beliau yang kini menyertai Parti Amanah Negara (PAN) dalam provokasi terbarunya mendakwa, MCA dan Gerakan sedang dipijak oleh UMNO.

Sekarang SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) sudah jadi kemarahan MCA dan Gerakan pula. UMNO sahaja yang tidak marah malah bergembira.

“UMNO nak selamat, habis kawan-kawannya dipijak,” dakwanya di Facebook hari ini.

Suhaizan sebelum ini pernah mempelawa MCA, MIC dan Gerakan supaya meninggalkan parti Melayu UMNO.

Beliau mempelawa parti komponen Barisan Nasional (BN) terbabit supaya menyertai Pakatan Harapan berikutan persempadanan semula kawasan Parlimen.


“Persempadanan semula Parlimen oleh SPR mengumpulkan pengundi bukan Melayu di Parlimen yang telah dimenangi oleh pembangkang,” dakwanya.

Pakatan Harapan merupakan sebuah gabungan parti pembangkang yang didominasi oleh DAP dan disertai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAN. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori