Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pemilik Kilang Dijel, Didenda...

SHAH ALAM – Seorang pemilik kilang melebur besi dijatuhkan hukuman penjara selama tujuh...

Suami Isteri Hadapi 5...

TEMERLOH - Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini,...

PAS Tidak Gentar 6...

MARANG – PAS tidak gentar menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson meskipun...

Ahli PSC Bantah Tangguh...

KUALA LUMPUR : Empat Ahli Parlimen yang juga ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen...

Sufian Tuju Ucapan Hari Lahir Buat Elfira Loy?

MESKIPUN tali pertunangan Sufian Suhaimi dan Elfira Loy sudah pun berakhir, namun peminat masih tidak henti-henti mendoakan yang terbaik buat mereka.

Secara kebetulan, hari ini adalah hari lahir Elfira yang ke-24 dan Sufian dilihat menjadi antara yang terawal mengucapkan ‘selamat hari lahir’ kepada bekas tunangnya itu.

Sufian menerusi Twitter miliknya dilihat memuat naik ucapan tersebut pada pukul 12.07 tengah malam dengan menulis ‘Happy Birthday’.

Walaupun ringkas dan tidak menyatakan kepada siapa ucapan itu ditujukan, namun netizen seolah-olah sudah dapat ‘menghidu’ siapakah gerangan individu yang dimaksudkan.

Rata-rata netizen mendoakan Sufian agar lebih tabah dalam menempuhi dugaan ini selain berharap penyanyi berusia 26 tahun ini sentiasa baik-baik sahaja.


Perkongsian itu secara tidak langsung mengimbau kembali kenangan pada ulang tahun kelahiran Elfira sebelum ini di mana Sufian menghadiahkan pelakon itu dengan 23 kuntum ros merah sebagai simbolik sambutan hari jadi yang ke-23 tahun. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori