Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Pengetua Bebas Tuduhan Amang...

BUTTERWORTH : Seorang pengetua sebuah sekolah menengah di sini dilepas dan dibebas oleh...

Lelaki Terima Balasan, Culik...

CHINA - Seorang lelaki yang menculik tunangnya atas nama cinta kemudian menyumbat wanita...

HADIS Tuntutlah Ilmu Hingga...

Ini satu yang pasti mengemparkan dan memeranjatkan kita semua kerana selama ini kita...

Presiden Maldives Tiba Untuk...

SEPANG - Presiden Maldives Abdulla Yameen Abdul Gayoom tiba di sini hari ini...

Sufian Suhaimi Nyanyi Dalam Kereta, Teruk Dihentam

SEPERTI sedia maklum penyanyi, Sufian Suhaimi kini sedang hangat menjalinkan hubungan dengan pelakon, Elfira Loy.

Hubungan dua pasangan ini sudah terjawab apabila Sufian merisik Elfira pada sambutan Aidilfitri lalu.

Kini hubungan mereka bukan lagi satu rahsia malah masing-masing dilihat terbuka berkongsi gambar mesra berdua.

Baca: Sufian Kahwin Elfira Dalam Beberapa Bulan Lagi

Baru-baru ini video Sufian menyanyi di dalam kereta miliknya telah menarik perhatian ramai netizen.

Menerusi video tersebut memaparkan Sufian yang memakai kemeja sedang menyanyikan single terbaru, Terasa Ada buat kekasihnya, Elfira ketika tersekat dalam kesesakan lalu lintas.

“Tiada yang mampu memisahkan kita berdua, tiada yang mampu melenyapkan perasaan ini, biar di uji takkan ku berhenti akan ku pertahankan kian nafas yang terakhir,” bibit lirik yang dinyanyikan penyanyi tersebut.

Video yang mendapat lebih daripada 5,000 kicauan dan 5,000 likes itu secara tidak langsung mendapat reaksi yang pelbagai daripada netizen.


Di mana rata-rata antara mereka mengecam teruk penyanyi lagu Terakhir itu.

Alahaiii…menyanyi pun kena kecam. Kalau dah namanya artis ni ada sahaja yang tidak kena. Nak tak nak kena lah hadap kannn… – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

Kategori