Sufian Suhaimi Ambil Anak Angkat

KUALA LUMPUR – Kehadiran kanak-kanak mampu menceriakan kehidupan seseorang.

Kemunculan mereka dalam hidup sudah semestinya dapat memberikan satu sinar yang baharu.

Begitu juga dengan penyanyi yang popular dengan lagu ‘Di Matamu’, Sufian Suhaimi.

Sufian telah memuat naik satu entri di Instagram berkongsi kepada peminatnya bahawa dia sudah mengambil seorang anak angkat lelaki yang bernama Faeq Razeeq.

Sejurus itu, wartawan Astro AWANI cuba mendapatkan Sufian untuk bertanya kepadanya mengenai perkara tersebut.

Ketika ditanya mengapa dia mengambil anak angkat, jawapan dia amat mudah.

“Untuk menjadi seorang yang lebih baik buat seseorang selain ibu bapa dan juga keluarga,” katanya melalui satu pesanan ringkas di aplikasi WhatsApp.

Tambahnya dia merasa gembira apabila melihat rakan-rakan yang sudah keluarga dan mempunyai anak.

Sufian juga turut berkongsi bersama Astro AWANI di mana Faeq itu merupakan anak kepada rakan baiknya semasa sekolah.

Dan buat masa ini, Faeq masih lagi tinggal bersama ibu bapa kandungnya dan mereka akan berjumpa hampir setiap hari untuk meluangkan masa bersama.

Berita tersebut disambut baik oleh rakan artis dan juga peminat-peminat Sufian Suhaimi. – Astro AWANI

Loading...