Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Anwar Selangkah Bakal PM...

KUALA LUMPUR – Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini selangkah bakal...

Kerajaan BN Terengganu Yang...

KUALA NERUS - Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa komited dan konsisten menunaikan setiap...

“Saya Gembira Peluk Islam,”...

"SAYA nak convert Islam," ulas penyanyi, Mark Adam menerusi klip rakaman program Al-Hidayah...

Khairuddin, Chang Didakwa Cuba...

KUALA LUMPUR - Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin...

Sufian Lebih Tenang Tanpa Cinta

KUALA LUMPUR – Penyanyi yang popular dengan lagu Di Matamu, Sufian Suhaimi, 26, mengakui, emosinya sudah tidak lagi bercelaru, sebaliknya dia mendapat semula kekuatan untuk bangkit meneruskan hidup.

Sufian yang putus tunang dengan pelakon dan pengacara, Elfira Loy, 24, Februari lalu berkata, episod sedih dalam hidupnya sudah berlalu, malah dia tidak lagi menyimpan dendam atau marah atas apa yang berlaku.

“Tidak mudah untuk saya berdepan ketika situasi hubungan kami sedang memuncak, tetapi saya sudah melepasinya. Saya perlahan-lahan mencari kekuatan, malah sebenarnya, sejak Oktober tahun lalu saya sudah bersedia.

“Ketika itu, saya tidak tahu apa akan berlaku kerana segala-galanya masih misteri. Banyak yang saya harus tempuh serentak, termasuk menyiapkan tesis pengajian yang belum sampai 20 peratus. Ujian pula datang bertimpa-timpa.

“Hubungan dan keluarga pula bermasalah. Dari situ, saya sudah dapat menilai segala kemungkinan akan berlaku dan saya harus bersedia. Saya tidak mahu terkejut jika berlaku perkara tidak diingini,” katanya.

Sufian dan Elfira sepatutnya disatukan sebagai suami isteri pada April lalu. Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober tahun lalu, namun terlerai pada 17 Februari lalu.

Graduan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris dan Komunikasi, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kuala Terengganu itu berkata, dia melalui saat sukar dalam hingga menyebabkan badannya kurus dan muka semakin cengkung.

“Tidak tahu adakah saya kemurungan kerana ketika itu, saya berdepan tekanan yang agak berat. Saya tidak boleh bersendirian di rumah. Emosi saya teruk terganggu hingga tiba-tiba sahaja saya boleh menangis dan ketawa.


“Itulah keadaan saya selama seminggu. Saya tiada sanak saudara di ibu negara, tetapi tidak sanggup pula membebankan kawan baik. Mereka juga ada komitmen lain. Jadi, saya ambil keputusan pulang ke kampung di Muar, Johor untuk menenangkan fikiran,” katanya.

Tidak pernah serik dengan apa yang berlaku, Sufian bagaimanapun, mengakui ‘mencari cinta’ bukan lagi keutamaannya.

“Tetapi, itu bukan bermakna saya menutup pintu hati menerima cinta. Ada gadis cuba mendekati, tetapi saya belum bertemu insan yang sesuai. Ada juga dalam kalangan peminat yang menghantar mesej peribadi, tetapi jodoh itu rahsia Allah.

“Saya tidak lagi mencari cinta. Hidup saya lebih tenang apabila tidak lagi mengejar cinta,” katanya. – BH ONLINE

Kategori