Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Lelaki Dipercayai Pengedar Dadah...

KUANTAN - Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dengan kegiatan pengedaran dadah secara...

Teknik Samun Mat Rempit...

IBARAT jatut ditimpa tangga.Itu yang berlaku kepada seorang penunggang motosikal yang bukan sahaja...

Perhilitan Rampas 4 Ekor...

MELAKA - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) merampas lima ekor...

Bunga Mayat Rasaksa Mekar...

Bunga mayat raksasa mekar untuk pertama kali - ia memerlukan masa 10 tahun untuk berlaku selalunya.

Sufian Buat Laporan Polis, Nafi Ganggu Isteri Orang

SUSULAN dakwaan seorang lelaki mendakwa penyanyi Sufian Suhaimi mengganggu isterinya menerusi aplikasi perbualan Bigo dan WeChat, enggan terus dikaitkan dengan perkara tersebut, Sufian akhirnya membuat laporan polis berhubung isu berkenaan.

Baca: Sufian Suhaimi Kantoi Kacau Isteri Orang?

Menurut pelantun lagu Terakhir itu, tujuannya membuat laporan polis itu adalah untuk membersihkan namanya daripada terus terpalit dengan fitnah yang dilemparkan lelaki tersebut.

“Sejurus perkara itu tersebar luas di Twitter saya terus buat laporan polis sebagai salah satu langkah keselamatan diri saya.

“Laporan itu juga dibuat bagi memberitahu saya tidak bersalah dan telah difitnah selain berada di pihak benar,” katanya yang membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Abong, Muar, Johor, lapor mStar Online. 

Nama Sufian menjadi hangat dua hari lalu apabila dirinya dituduh menggatal dengan isteri orang seperti mana yang dibongkar suami wanita tersebut di laman Twitter.


Menurut lelaki tersebut dia mempunyai bukti Sufian mengganggu isterinya malah turut menyertakan paparan skrin isterinya sedang berborak dengan penyanyi itu menerusi panggilan video.

Menafikan pekara itu, Sufian menulis di Twitter bahawa dia difitnah dan kemungkinan besar ia dilakukan oleh akaun palsu yang menyamar sebagai dirinya. – MYNEWSHUB.CC 

Kategori