Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Characteristics Of Helpful Special...

Here are a couple of tips to assist you to enhance your essays....

Penajaan Bola Sepak: MARA...

KUANTAN - Tan Sri Annuar Musa dijangka akan dipanggil dalam tempoh terdekat untuk...

Persepsi Naik Pangkat Kerana...

KUALA LUMPUR - Persepsi bahawa kenaikan pangkat seseorang penjawat awam kerana mereka mempunyai...

‘Saya Hendak Kahwin 4...

KAMI pasti ramai yang sudah meluat dan menyampah dengan kenyataan demi kenyataan yang...

Sudah Jumpa Pengganti, Hati Sherry Milik Seseorang

SELEPAS pelbagai spekulasi dan cerita yang mendakwa kononnya aktres, Sherry Ibrahim masih belum boleh menerima hakikat apabila putus cinta dua tahun lalu.

Kini, pelakon wanita tersebut tampil memberi komen dan mengakui sedang berkawan rapat serta mengenali hati budi seseorang.

Diminta mengulas mengenai jejaka pilihannya itu, Sherry berkata, dia lebih selesa mengambil pendekatan mengunci mulut terlebih dahulu memandangkan perhubungan itu masih dalam fasa perkenalan.

Malah, Sherry meletakkan sepenuh kepercayaan pada takdir Tuhan dan andai benar jejaka itu adalah jodohnya yang tertulis di Luh Mahfuz pasti akan bersama juga akhirnya.

“Selagi saya tidak berkongsi mengenai kisah cinta atau perhubungan, orang sentiasa beranggapan saya belum move on.

“Sebaliknya, saya sudah lama melupakan apa yang berlaku. Malah, ketika ini saya berasa sangat gembira dengan apa dilalui.

“Alhamdulillah, sekarang saya bahagia dengan seseorang. Cuma, apa saya boleh kongsikan perhubungan kami masih dalam fasa perkenalan.

“Sejujurnya, saya sibuk dengan beberapa komitmen kerja dan perniagaan, jadi belum ada sebarang perancangan ke arah lebih serius,” kata Sherry dipetik Harian Metro.

Tambah Sherry, selagi belum ada ikatan sah menerusi pernikahan adalah lebih baik jangan cakap banyak sangat berhubung hubungan mereka.

Meskipun begitu, Sherry mengakui sahabat baiknya juga mengenali jejaka tersebut kerana mereka sering lepak dan makan bersama.

“Selagi belum merisik atau bertunang, biarlah hubungan ini menjadi rahsia peribadi saya. Lagipun, sebagai wanita tidak manis jika terlalu berkongsi sesuatu yang belum pasti.

“Insya-Allah jika ada perancangan lebih serius atau sebarang majlis ditetapkan, saya pasti berkongsi. Saya juga masih boleh kawal diri untuk tidak dedah identiti jejaka ini di laman sosial.


“Kalau ada pun, orang tidak perasan sebab tidak ada gambar berdua. Selalunya beramai-ramai dengan rakan lain,” tambahnya.

Sementara itu ditanya mengenai isu ‘diheret’ dalam kisah perkahwinan Nur Fazura dan Fattah Amin baru-baru ini , Sherry berkata meskipun sudah memaafkan namun dia masih lagi berdepan perkara yang membawa kepada cerita lama terutama membabitkan komen netizen.

Enggan memperbesarkan hal tersebut, Sherry memilih untuk tidak ambil pusing sebarang komen negatif berhubung hal itu.

“Saya tidak boleh halang setiap komen yang ditulis. Malah, saya tidak boleh tutup mulut orang untuk terus bercakap. Sama ada mereka mengutuk atau sebaliknya, saya tidak ‘termakan’ pun.

“Malah, saya tidak berasa tergugat atau terjejas pun, baik dari segi kerjaya seni mahupun perniagaan. Cuma, saya tidak faham kenapa masih ada pihak yang suka memperbesar-besarkan perkara yang sudah lama berlalu.

“Lebih memburukkan keadaan apabila terdapat komen yang cuba mengaitkan pihak lain masuk dalam masalah ini. Bagi saya, ini semua tidak perlu. Namun tidak mengapa kerana saya sudah memaafkan mereka,” katanya.

Baca: Reka Teemor Kena ‘Hack’, Sherry Marah Disindir

Juga: Sherry Enggan Panjang Isu Resepsi Fattah, Fazura

Terdahulu, Sherry dikatakan berang apabila perunding berkenaan bertanya sama ada dia sudah melihat majlis perkahwinan Fazura dan Fattah menerusi komen tersebut.

Komen tersebut secara tidak langsung telah menaikkan kemarahan banyak pihak termasuk beberapa rakan artis yang rapat dengan Sherry sendiri. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori