Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

PM Bayangkan Rombakan Kabinet...

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membayangkan bahawa rombakan Kabinet akan...

Agenda Perumahan, Kebajikan Warga...

KOTA BHARU - Kementerian Pertahanan akan melancarkan pelan tindakan perumahan berteraskan kebajikan warga...

Saya Terhutang Segala-galanya Kepada...

KUALA LUMPUR - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata Malaysia benar-benar kehilangan seorang pemimpin...

GST Penyelamat Ekonomi Negara...

PUTRAJAYA - Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang mula dilaksanakan pada April tahun...

Sudah Bergelar Menteri Pun Masih Memfitnah

KUALA LUMPUR – Datuk Khalid Samad ditempelak kerana masih lagi menggunakan pendekatan memfitnah meskipun sudah bergelar menteri Kabinet.

Ketua Pemuda UMNO berkata, tindakan Menteri Wilayah Persekutuan yang memfitnah UMNO dan PAS telah mendahului siasatan pihak berkuasa.

Kenyataan yang dibuat oleh Datuk Dr. Asyraf Wajdi berhubung kenyataan Khalid dalam isu penghinaan ke atas Nabi Muhammad oleh pemilik akaun Facebook bernama Wendy Loong.

Menerusi Twitter, Khalid mendakwa kerja tersebut (penghinaan) dilakukan oleh golongan tertentu untuk menjatuhkan Pakatan Harapan dengan menyamar sebagai Cina bagi mencetuskan ketegangan kaum dan agama.

Menurut Khalid lagi, yang bodoh dalam UMNO dan PAS pasti terpengaruh.

“Ulama turut mengapi-apikan semangat perkauman atas nama Islam, takde modal selain perkauman.

“Wendy Loong sebenarnya Muhsin Lateef,” tulisnya pada 11.53 pagi semalam.


Bagaimanapun, posting itu ditarik balik.

“Oleh kerana soal samada Muhsin Latheef adalah Wendy Loong atau sebaliknya satu perkara yang belum lagi pasti maka saya balik post saya yang menyebut Muhsin Latheef sebagai Wendy Loong,” kata Khalid dalam Twitter pada jam 7.27 malam.

Tegas Asyraf, Khalid sebagai menteri beragama Islam sepatutnya dengan tegas mendesak siasatan dan tindakan segera diambil kepada pihak yang menghina agama dan Nabi Muhammad.

“Sebaliknya kamu pula memfitnah UMNO dan PAS yang mengapi-apikan dan mendahului pihak berkuasa menuduh individu tertentu menyamar sebagai Cina,” ujarnya. – MalaysiaGazette

Kategori