“Sudah 2018 Bro, Awak Masih Di 2009” – Jawab Yuna

PENYANYI Yuna menegur tindakan segelintir netizen kebanyakkannya golongan lelaki meninggalkan komen mahukan penampilan dan dirinya yang dahulu berbanding sekarang.

Yuna atau nama sebenarnya Yunais Zarai, 32, berasa pelik mengapa mereka bersikap demikian berikutan seseorang individu seharusnya sentiasa berubah menjadi lebih baik.

“Anda membeli Iphone keluaran terkini setiap kali keluaran baru tapi anda lebih suka melihat seorang perempuan sentiasa sama dan tidak berkembang menjadi sesuatu yang baru dan lebih baik.

Yuna bersyukur suaminya sentiasa memberi sokongan terhadap apa yang dilakukannya kini.

“Saya melihat komen seperti ini kebanyakkannya daripada lelaki. Orang dah 2018 dah bro apesal (kenapa) kat 2009 lagi ni,” tulisnya di Instagram.

Yuna turut memuat naik komen netizen yang mahukan dia yang dahulu.

Dalam pada itu, Yuna mempersoalkan mengapa seseorang lelaki yang melakukan pembaharuan sering dipandang positif berbanding wanita.


Yuna sering mendapat komen yang sama daripada lelaki yang mahu dia kembali kepada penampilan lama.

“Lelaki boleh berubah mendapatkan kekasih baru atau gaya yang lebih baik dan orang akan berkata ‘oh bagus dia sekarang’ tapi kalau perempuan dengan gaya baharu, keyakinan dan kehidupan baharu sering dikatakan sudah berubah,” katanya.

Bagaimanapun, Yuna berkata, dia berterima kasih kepada suaminya Adam Yousof Sinclair yang sentiasa menyokong dengan apa juga yang dilakukan kini. – mStar Online