Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Harga Barang Perlu Turun...

RENTETAN kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada...

Waris Mangsa Tanah Runtuh...

KUALA LUMPUR : Seorang waris meraung kesedihan apabila dimaklumkan dia telah kehilangan empat...

PAS Tak Gusar Ancaman...

KUALA LUMPUR - PAS tidak gusar dengan ancaman Gerakan Harapan Baru (GHB) yang...

Isu Ustaz Abdul Somad:...

JAKARTA - Timbalan Pengerusi Majlis Ulama Indonesia (MUI), Zainut Tauhid Sa'adi meminta pihak...

Subsidi Pekebun Kecil Kelapa Sawit Bergantung Bajet 2019

KUALA LUMPUR – Penambahan subsidi bagi membantu pekebun kecil kelapa sawit telah dimohon kepada Kementerian Kewangan, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.

Menteri Industri Utama Teresa Kok berkata ia bagaimanapun tertakluk kepada kelulusan kementerian berkenaan.

“Kita lihat pembentangan bajet akan datang sama ada diluluskan atau tidak,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) yang mahu tahu usaha kerajaan bagi membantu pekebun kecil kelapa sawit susulan penurunan harga kelapa sawit.

Mengulas lanjut berhubung langkah kerajaan untuk meningkatkan harga komoditi berkenaan, Kok berkata kerajaan sedang meneroka pasaran di negara-negara baharu yang menunjukkan minat.

Ini, katanya, termasuk Mozambique berikutan permintaan terhadap kelapa sawit daripada Malaysia meningkat sebanyak 47 peratus tahun ini serta Pakistan (22 peratus), Afrika Selatan (14 peratus), India (14 peratus) dan Kesatuan Eropah (5.2 peratus).


“Kesemua ini menjadi petanda baik kita ada pasaran baharu yang mana kita boleh cuba dapatkan lebih banyak bisnes,” katanya. – BERNAMA

Kategori