Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

31,110 Pesalah Trafik Tegar...

JOHOR BAHRU - Kesemua 31,110 pesalah trafik termasuk warga Singapura yang mempunyai waran...

Tukang Masak Direman 7...

TAIPING - Seorang tukang masak yang disyaki mengelar seorang penuntut Universiti Teknologi Mara...

PERDANA V/S VELLFIRE –...

Kalau melihat dari segi nasionalisme - Maka pakailah Perdana dan berhenti cakap benda...

Harga Kekal, Kerajaan Tangguh...

RAKYAT sekali lagi diberikan harapan palsu apabila janji harga minyak lebih rendah bermula...

Subsidi Elektrik Isi Rumah Ditingkat RM40 Ke Bawah

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meningkatkan kadar subsidi bil elektrik isi rumah daripada RM20 dan ke bawah kepada RM40 dan ke bawah, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Bagaimanapun, katanya selaras dengan dengan hasrat kerajaan melaksanakan subsidi bersasar, penyaluran subsidi itu hanya dikhususkan kepada golongan miskin dan miskin tegar yang berdaftar dengan program e-Kasih.

“Dengan demikian, kerajaan mampu meningkatkan kadar subsidi kepada RM40 sebulan dan memanfaatkan 185,000 akaun. Peruntukan sebanyak RM80 juta disediakan,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat hari ini.

Guan Eng berkata kerajaan juga akan memberikan subsidi petrol RON95 sebanyak 30 sen seliter kepada pihak yang memiliki sebuah kereta sahaja yang berkapasiti enjin 1,500cc dan ke bawah serta motosikal berkapasiti enjin 125cc dan ke bawah.

Semasa membentangkan belanjawan yang bertemakan ‘Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera’, Guan Eng berkata, subsidi itu terhad kepada 100 liter sebulan bagi kereta dan 40 liter bagi motosikal.
Katanya, mekanisme baharu itu dijangka dilaksanakan bermula suku kedua tahun depan dengan peruntukan sebanyak RM2 bilion.


Menurutnya lagi, mekanisme subsidi itu dijangka dapat memanfaatkan seramai empat juta pemilik kereta dan 2.6 juta pemilik motosikal.

Bagi meningkatkan kecekapan penggunaan sumber di samping membendung ketirisan berikutan perbezaan harga minyak dan penyeludupan rentas sempadan, Lim berkata kerajaan akan mengapungkan semula harga petrol RON95 di pasaran berdasarkan Mekanisme Harga Automatik (APM).- BERNAMA

Kategori