Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tarikh Tutup Larian Antarabangsa...

KUALA LUMPUR - Tarikh tutup penyertaan Larian Antarabangsa Pertubuhan Komanwel bagi Pentadbiran Awam...

Lelaki Diikat Dalam Penerbangan...

HONG KONG - Seorang lelaki terpaksa diikat di dalam sebuah penerbangan komersial ke...

Projek Tebatan Banjir Sedang...

KUALA LUMPUR : Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedang menyiapkan Program Pengurusan Banjir...

Lelaki Ditahan Keluarkan Kata-Kata...

JOHOR BAHRU - Polis hari ini menahan seorang lelaki dipercayai individu yang bertanggungjawab...

Suami Setuju Cerai, Ezlynn Tarik Nafas Lega

SETELAH tiga tahun berhadapan dengan masalah rumahtangga, penantian penyanyi Ezlynn bakal berakhir apabila suaminya, Adam Fahmy menyatakan persetujuan untuk bercerai secara baik di Mahkamah Rendah Syariah semalam.

Penyanyi lagu Hi Bye Bye itu kemudiannya memuat naik sebuah gambar berserta kapsyen seakan-akan lega dengan keputusan tersebut.

Baca: Fail Cerai, Ezlynn Minta Masa Untuk Sendiri

Juga: Suami Ubah Fikiran, Enggan Ceraikan Ezlynn

 

Yeayyy… done.. good day indeed.. Alhamdullilah finally everyone knows the true now.. thanks @zariffin86

A post shared by Ezlynn (@_ezlynn_) on

Menerusi postingnya itu, jelas kelihatan seperti Ezlynn turut bersyukur kerana akhirnya semua orang sudah tahu akan kebenarannya.

Berikut kapsyen penuh yang ditulisnya:

“Yeay…done.. good day indeed… Alhamdulilah finally everyone knows the true now…”

Mahkamah mene­tapkan 21 Ogos ini untuk sebutan semula kes mereka.

Dalam pada itu, Ezlynn turut memuat naik madah dalam Bahasa Inggeris yang berbunyi:


“Semua orang berhak untuk gembira. Bukan di dalam pelukan seseorang yang buat kamu ternanti, tetapi milik seseorang yang akan sentiasa berada di sisi, mencintai kamu selamanya dan tidak akan meninggalkan kamu.” Berserta kapsyen, Morning everyone Alhamdullilah pagi ni bangun hati sangat tenang… walaupun dah tahu jawapannyer… means I’m happy where I’m now.. the best decision I ever made.. happy working everyone…

Ezlynn memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya itu pada awal Januari lalu mengikut Seksyen 47 (5) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.

Spekulasi mengenai kegoyahan rumah tangga Ezlynn dan Adam dihidu media selepas khabar angin dia dimasukkan ke hospital kerana dipercayai menghadapi tekanan berkaitan isu rumah tangganya bertebaran di blog-blog hiburan tempatan.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga 6 tahun lalu iaitu pada 20 November 2011 dan tidak dikurniakan cahaya mata. – MYNEWSHUB.CC

Kategori