Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Umur Persaraan 60 Tahun...

SERDANG - Kerajaan tidak bercadang untuk melanjutkan umur persaraan penjawat awam daripada 60...

Rumah Baharu Mangsa Banjir...

PEKAN - Rumah baharu bagi menggantikan rumah mangsa banjir yang hanyut dan musnah...

Polis Buka Kertas Siasatan...

Kuala Lumpur: Satu kertas siasatan berhubung dakwaan Perikatan Nasional (PN) cuba memberi rasuah...

6 Wanita Pakai Baju...

BAYANGKAN anda ke satu majlis perkahwinan dan anda mendapati ada tetamu lain mengenakan...

“Suami Saya Ada Ciri Idaman Setiap Wanita” – Mawar

TIDAK malu untuk berkongsi kebahagiaan mereka daripada zaman bercinta lagi, ucapan sayang pelakon Mawar Rashid dan suaminya, Raf Yaakob menarik perhatian netizen.

Terbaru Mawar memuat naik status di laman Twitternya dengan menyifatkan Raf sebagai suami idaman semua wanita.

Malah kata Mawar, adik kepada chef dan penyanyi Datuk Fazley Yaakob itu juga seorang ayah yang akan disayangi anak-anak mereka.

“Raden sayang. Awak adalah suami idaman semua wanita. Awak adalah ayah semua kanak-kanak akan sayangi.

“Awak adalah rakan baik yang pasti tidak dapat dimiliki oleh orang lain. Awak adalah segalanya untuk saya,” tulis Mawar. Bersemut skrin kami!

Sebenarnya, Mawar memuat naik gambar berserta kapsyen sebegitu oleh kerana terlalu rindukan suami dan kedua-dua anak tirinya, Rayyan dan Chanela.

“Terima kasih untuk semua sayang. Saya sangat rindu awak, Rayyan dan Chanela,” katanya.

Mawar turut memuat naik video sweet suaminya terlentok di bahunya sambil membelai-belai pipi lelaki itu.


Manakala di laman Instagram Raf atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaakob, 33, pula memuat naik foto dan video pertama kali mereka keluar bersama pada tahun lalu.

Menerusi kapsyen yang ditulis Raf bersyukur selepas setahun berlalu, kini Mawar sah menjadi isterinya.

Kata Raf, dia berasa seperti di syurga apabila Mawar sentiasa setia di sampingnya dan berterima kasih kepada Allah kerana mengurniakan kehidupan bahagia buat keluarganya.

31/1/2017. Exactly one year ago. #MawaRaf first date 😘

A post shared by Raden Ahmad Faizal Bin Yaakob (@rafyaakob) on

“Sudah setahun berlalu kita berjumpa dan saya sangat bersyukur awak adalah isteri saya sekarang. Anje sayang, awak adalah semua yang saya impikan.

“Saya berikan semua hati saya dan awak penuhkan ia dengan kasih sayang. Ia seperti di syurga dunia dengan awak disisi saya. Alhamdulillah, Terima kasih Allah,” kata Raf.

Raf dan Mawar atau Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 23, berkahwin pada 9 November tahun lalu selepas empat bulan mengikat tali pertunangan.

Raf mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan pertama iaitu Raden Ahmad Rayyan, 7, dan Raden Seri Raysaa Chanela yang kini berusia tiga tahun. – MYNEWSHUB.CC

Kategori