Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Digantung Tugas Guna Pita...

SEORANG guru wanita telah digantung tugas selepas mulut pelajarnya ditutup dengan pita pelekat...

Uqasha Hampir Ditumbuk Wanita...

BEBERAPA hari yang lalu, pelakon cantik dari Kelantan ini, Uqasha Senrose telah memuat...

Peranti Oppo Anda Original...

SEJAK insiden rusuhan yang berlaku di plaza Low Yat, jenama produk terkenal dari...

3 Maut Dalam Kejadian...

Pattani - Tiga orang, termasuk seorang ketua kampung terbunuh dalam kejadian tembak-menembak di...

Suami Maut, Isteri Parah

KULIM – Seorang maut manakala tiga lagi ahli keluarganya cedera selepas kereta dinaiki mereka merempuh kenderaan lain di persimpangan lampu isyarat di Kilometer 21.3 Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE) di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, pemandu kereta Proton Wira, Dee Hang Tick, 53, meninggal dunia di lokasi akibat cedera parah, manakala isterinya, Li Li Ping, 34, parah dan dua anak mereka berusia 10 dan tujuh tahun cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ahmad Nasir Jaafar, berkata kemalangan berlaku apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima berhenti di lampu isyarat sebelum dirempuh kereta Proton Wira dari arah belakang.

“Hasil siasatan awal mendapati dua kenderaan terbabit datang dari arah sama iaitu Butterworth menghala ke Padang Serai.

“Apabila sampai di lokasi kejadian, pemandu Toyota Estima memberhentikan kenderaan di lampu isyarat merah, bagaimanapun kereta Proton Wira yang datang arah belakang merempuh kenderaan berkenaan,” katanya.

Ahmad Nasir berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kulim untuk bedah siasat, manakala tiga lagi mangsa yang cedera dilaporkan dalam keadaan stabil dan masih dirawat di hospital sama.


Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BH ONLINE

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori