Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

2 Suspek Dera Kanak-Kanak...

JOHOR BAHRU - Mahkamah Majistret di sini hari ini mengeluarkan perintah reman selama...

Militan IS Semakin Hampiri...

BAGHDAD - Kumpulan militan Negara Islam (IS) kini semakin mara ke bandar ini...

Mas Idayu Berdrama Lagi?...

Kalau difikirkan balik, program realiti TV di Malaysia memang tak dapat lari dari...

“Saya Lihat Ada Mangsa...

KUALA LUMPUR - "Saya lihat salah seorang mangsa wanita berusia awal 20-an yang...

Suami Isteri Tertinggal Anak Dalam Pesawat

BEIJING – Tertinggal buku atau cermin mata dalam pesawat memang sering berlaku.

Bagaimanapun, satu keluarga di China mengejutkan kakitangan sebuah pesawat apabila mereka tertinggal anak mereka.

Kejadian berlaku baru-baru ini apabila sepasang suami isteri turun dari sebuah pesawat tanpa anak mereka selepas mereka tiba dari Chengdu.

Kakitangan pesawat Southern Airlines terpaksa menelefon pasangan berkenaan untuk meminta mereka mengambil kanak-kanak berusia 10 tahun itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Baiyun di Guangzhou..

Kanak-kanak itu ditemui tertidur di tempat duduk paling belakang oleh kru kabin yang membersihkan kapal terbang berkenaan selepas semua penumpang turun.

Mereka menghabiskan masa beberapa minit untuk mengejutkan kanak-kanak perempuan berkenaan.

Ketika itu, semua penumpang sudah berlepas ke terminal untuk mengambil bagasi masing-masing.


Mujur kanak-kanak itu ingat nombor telefon bapanya, membolehkan kakitangan menghubunginya.

Sementara itu, si bapa berkata, dia menyangka anaknya yang duduk terpisah dengan dia dan isterinya berada di belakang mengekori mereka sebaik pesawat itu mendarat.

“Kami tidak tahu dia tidur nyenyak di belakang,” katanya. – Agensi/myMetro Online

Kategori