Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Catuan Bekalan Air Diteruskan...

SEREMBAN - Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains) akan meneruskan catuan bekalan...

Najib Hadir Solat Jumaat...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyertai jemaah...

Bini Lelong Perabot 1...

SEORANG isteri telah bertindak menjual perabot dalam rumahnya pada harga A$1 menerusi eBay...

Kumpulan Azmin Jumpa Agong...

KUALA LUMPUR - Kumpulan 11 bekas Ahli Parlimen PKR yang diketuai Datuk Seri...

Pasangan Namakan 13 Anak Sempena Pemain Bola Sepak

UNIK! Pasangan suami isteri dari Concei ao de Coit, Brazil menamakan kesemua 13 orang anak lelakinya bersempena nama pemain bola sepak terkenal antarabangsa.

Pasangan Irineu Cruz dan isterinya, Jucicleide Silva memiliki anak lelaki dari umur satu bulan sehinggalah berusia 18 tahun. Namun, pasangan ini bersumpah tidak akan berputus asa sehingga mereka dikurniakan anak perempuan.

Pasangan Namakan 13 Anak Sempena Pemain Bola Sepak

Pasangan Namakan 13 Anak Sempena Pemain Bola Sepak

Menurut sebuah laman antarabangsa, Irineu yang sangat sukakan bola sepak nekad memberikan nama anak-anak lelakinya bersempena dengan nama pemain bola sepak terkenal yang bermula dengan huruf ‘R’.

“Saya mengagumi para pemain bola seperti Rivaldo, Roberto Carlos, Ronaldo dan Ronaldinho.


“Semua nama lagenda bola sepak selalu diawali huruf R, jadi saya memberi nama para bintang itu untuk anak-anak saya,” katanya.

Tambah laman itu, isteri Irineu sedang hamil anak mereka yang ke-14 dan mereka mengharapkan bayi yang lahir itu perempuan. Namun menurut seorang bidan tempatan bahawa anak dalam kandungan Jucicleide itu juga lelaki.

Pun begitu, Jucicleide masih berharap dapat diberikan anak perempuan dan memilih nama untuknya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori